Saturday, November 19, 2011

Step by Step... Donut Lembut & Gebu


Stok yis ada banyak lagi kat rumah. Hari tu beli yang sekotak ada 5 paket kat dalam. Jadi, mulalah cari idea nak uli-uli pakai yis. Dok belek-belek resepi roti, tapi kebanyakannya pakai tepung roti. Lagipun, kalau takde breadmaker, alamatnya kena uli tepung sampai sakit tangan.





Tetiba je ilham menjelma. Eh, apa kata kita buat donut. Kalau dapat buat donut macam donut big apple ke, crispy cream ke, ok gak. Lagipun dah lama betul tak pekena donut. Sama jugalah macam pau sambal, bukan senang nak cari donut yang lembut, gebu dan sedap!

Kat Myresipi ada beberapa pilihan resepi donut. Bila ada pilihan, terpaksa pulak buat pilihan yang paling tepat. Takut tersalah pilih, tak pasal-pasal membuang tepung setengah kilo. Setelah menimbang-nimbang, membaling dadu dan membaling syiling (ala2 two-face), saya memilih untuk mencuba resepi daripada iezamel78. Kesederhanaan resepi iezamel78, membuatkan saya berani untuk mencuba.


Dan, Step by step... Donut Lembut & Gebu bermula di sini:



 Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) - saya dapat lebih kurang 35 biji sbb donut saya comey
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan ketepikan.

2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.


3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.



4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.




5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.



6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.



7. Gaul sebati dengan senduk. biar adunan lagi selama 45 minit.





8. Adunan akan naik selepas 45 minit.



9. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik - memang lembik tau!). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.







10. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.




11. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...

 
Ini Hasya punya


Muka bangga sbb tolong buat donut

Sangat lembut, gebu & sedap


Kepada yang ingin mencuba resepi ini, saya ingatkan lagi sekali yang adunan ini memang lembik. Tapi jangan putus asa, sebaliknya tambahlah tepung di tangan dan di papan pencanai. Nescaya, anda akan berjaya mengulinya.

Donut yang lembut dan gebu tentunya cepat habis. Dalam sekelip mata, sepinggan sudah dihabiskan oleh juri-juri apprentice iron chef di rumah saya. Donut ini sungguh well done. Terima kasih iezamel78!

36 comments:

cutecrispy said...

Salam.. Adunan mmg lembik.. Takut gak x menjadi.. Tapi Alhamdulillah hasilnya amat menggembirakan.. Hubby and anak2 suka... Tq so much!

weezana said...

Wasalam cutecrispy. Adunan ni memang serius lembik. Saya sendiri pun mula2 rasa macam tak jadi. tapi kuatkan semnagat je la.. Rupa2nya memang gitulah kaedahnya. hasilnya memang lembut dan gebu. Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya.

Unknown said...

x sabarnya nak cuba....

weezana said...

ieta, jangan patah semangat tau kalau adunan lembik.. letak tepung banyak2 kat tangan dan tempat menguli..

Unknown said...

baik..nak kuatkan semangat nak wat hari cuti ni la...doakan menjadi ye
eh lupa lak nak tanya coklat tu kena beli coklat mskn ke..wat double boilerkan

weezana said...

guna coklat masakan, pastu cairkan guna double boiler.. kalau malas, guna coklat cair hershey yg dalam botol tu hehehe...

Unknown said...

Assalamualaikum...bestnye donut nie..mohon nak cuba buat yer

weezana said...

Waalaikumsalam, selamat mencuba :)

Fabulous Cinta Legacy said...

Nk cuba buat ptg ni he3...ingin dapatkam produk shaklee pada harga istimewa hubungi saya ye

Fabulous Cinta Legacy said...

Nk cuba buat ptg ni he3...ingin dapatkam produk shaklee pada harga istimewa hubungi saya ye

Nour Eyza said...

salam kak, hari tu saya cuba resepi akak ni. rasa donut tu mmg ada tp lembik betul doh tu. mak mcm xprcaya je akan menjadi. tapi last2 menjadi jugak cuma bentuk dia huru hara sikit sbb lembut sgt. nk ambil dri pinggan nak masuk dlm kuali pn dh berubah bentuk jadinya. hihi. tp alhamdulillah menjadi. sedap! tq kak share resepi. hihi

weezana said...

wasalam Eyza, memang melampau2 lembik adunan donut ni hehehe.. sib baik eyza pun kuat semangat. memang gitu adunannya. tapi memang sedap dan lembut.. bila makan tak perasan dah makan banyak hehe

crvmin said...

salam sis..alhamdullilah dah cuba tadi memang gebusss n lembut sangat...saya add in gula jadikan 7 sudu...tq C&P kat blog saya yee resepi niiii...

weezana said...

wasalam suhailas.. sama2.. mekasih sbb sudi cuba!

Empunya Dunia Laila Majnun said...

Bru buat tdi..tgh tunggu adunan naik 45minit..hrp2 jdi mcm akk punya donut..t klau dh siap sya update...

Empunya Dunia Laila Majnun said...

Dah cuba...adunannya memang menguji kesabaran...tpi hsilnya memang berbaloi...gebunya...

weezana said...

Dik, tahniah. gebu dan lembut kan... :)

Unknown said...

best resepi ini..thanks for sharing..
http://ailzab.blogspot.com

weezana said...

Sama2 Bazlia.

ellieandcarl'sstories said...

salam sis, tetibe pkl 1 pagi ni tejumpe lak resepi donut,sis nak tnya, cawan yg digunakan tu saiz besar mana ye

ellieandcarl'sstories said...

salam sis, tetibe pkl 1 pagi ni tejumpe lak resepi donut,sis nak tnya, cawan yg digunakan tu saiz besar mana ye

weezana said...

wasalam.. cawan tu memang kena beli cawan sukatan. ada dijual di pasaraya.

Unknown said...

ALHAMDULILLAH.... memang sedap laa sis!!! Gebu !!!! Lembut !!! Fmly suka! ♡♡♡ TQ SIS share resepi nie ^_^

weezana said...

sama2 Arssya, terima kasih juga sbb sudi lawat blog dan cuba resepi :)

Bazilah (^0^) said...

salam. adunan mmg lembik gila eh sis? sy buat smlm sampai tak boleh bulatkan langsung, frust rasa :(

weezana said...

wassalam bazilah.

memang lembik. kena letak tepung banyak2 di tangan sampai boleh adun.

Pengedar Shaklee Klang said...

Yeah..nak buat petang ni...take sabar dah nak buat hehe

weezana said...

umi adam.. selamat mencuba :)

M4fi4 said...

Akn cuba buat esok...terima kasih sis sebab kongsikn di sini...

weezana said...

Good luck ya, m4afi4 :)

Unknown said...

Tengah buat . Tggu 45 min . Hihihi . Takut bentuk tak menjadi bulat . Dah laa nak buat untk bestfriend 😂

weezana said...

nurul shafikah,

jadi x?

Unknown said...

Salam,pd pengalaman saya yg ilmu xseberapa ni,JK adunan lembik teruskan menguli adunan tu shgga tak melekat di besen/bekas menguli tu

weezana said...

Wassalam Suzana, terima kasih atas perkongsian.

Unknown said...

Assalam, satu batch boleh wat berapa donut? Sorry kacau akk

weezana said...

Wassalam Azrawina, saya dapat 35 biji donut.