Wednesday, November 9, 2011

I Made My Own Funnel Cake!


Kelmarin, bila belek-belek gambar lama, teringat pula tentang kelazatan `Funnel Cake'. Perkenalan pertama saya dengan Funnel Cake ini adalah ketika pergi ke War Eagle Craft & Country Fair (US) pada musim luruh 2009. Funnel Cake pertama untuk kami sekeluarga, dibelanja oleh Encik Azriman dan Puan Nora Ali.

Funnel Cake ni bukan macam makanan-makanan lain, yang boleh diorder atau dibeli di restoran. Kek istimewa ini hanya dijual sewaktu karnival, pesta-pesta, acara-acara khas dan di taman-taman tema (cth: Disneyland). Funnel Cake amat popular di North America.

Kek ini juga agak mengelirukan sebab ia tidak seperti kek-kek yang lain. Rupanya pun tak macam kek, tapi dah namanya Funnel Cake, jadi terimalah ia seadanya.

Hasya tetiba je cakap, "nak makan ini boleh?" sambil jarinya menuding ke foto Funnel Cake. Saya pun mulalah terasa nak makan Funnel Cake juga. Apa lagi seperti biasalah, pencarian resipi bermula dengan menggoogle ke serata laman sesawang. Setelah bertemu dengan resipi yang agak mudah dan sesuai, maka saya pun memulakan projek membuat Funnel Cake.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 to 2 quarts canola oil for frying, or enough to come halfway up an 8-inch cast-iron skillet (saya guna minyak masak biasa)
  • 1 egg (saya pakai gred B)
  • 2/3 cup milk (boleh susu segar atau susu cair)
  • 2 tablespoons sugar
  • 1 1/4 cups all-purpose flour (saya pakai tepung gandum biasa)
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 teaspoon baking powder



Kemudian, saya masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati. Oleh kerana di rumah saya tak ada funnel (corong/tiub: boleh lihat contoh kalau google), jadi saya buat piping guna plastik untuk mengpipingkan adunan ke dalam kuali.



Panaskan minyak dan pipe kan adunan mengikut citarasa (saya bantai je sebab Funnel Cake memang corak lintang-pukang pun).

Setelah adunan yang digoreng berwarna perang, terbalikkan dan apabila kedua-dua bahagian telah berwarna perang, angkat dan toskan.


Tabur gula aising di atas kek. Funnel Cake telah siap untuk dimakan. Untuk pilihan-pilihan lain, anda boleh makan Funnel Cake dengan jem atau Nuttella.


Hasya & Homemade Funnel Cake 2011

Hasya di War Eagle tahun 2009

Makan sampai licin
  
Hasya di War Eagle tahun 2010

No comments: