Thursday, November 24, 2011

Step by Step... Kari Daging



Menu hari ni kita masak masakan berempahlah pulak. Kita masak kari daging. Seperti ramai yang sedia maklum, kari sangat popular di India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan negara-negara di rantau Asia Tenggara. 

Perkataan `curry' berasal daripada perkataan Tamil iaitu kari (கறி ) yang bermaksud `sauce' (sos ler tu). Definisi lanjut bagi kari adalah daging atau sayur-sayuran yang dimasak dengan rempah-ratus sama ada dengan kuah atau tanpa kuah. 

Terdapat pelbagai jenis masakan kari di seluruh dunia. Rempah-ratus resepi-resepi kari ini dipelbagaikan dan berbeza mengikut budaya dan geografi. FYI, kat Jepun pun ada kari tau. Rasanya agak sedap juga cuma rasa kari dorang nih manis. So, macam pelik sikit la..

Kari Jepun

Kari yang saya nak masak hari ni adalah Malaysian Curry. Kari yang guna rempah kari dalam paket tu. Dari dapur Life is Colorful, mari kita mulakan Step by Step... Kari Daging..

Bahan-bahan

1 kilo daging (potong kecil2)
2 biji kentang (sebiji potong empat)
2 paket rempah kari daging/ayam saiz kecil (saya guna rempah Babas)
1 paket kerisik (40 gm)
1 biji kelapa parut (perah santan pekat dan santan cair - masing-masing satu mangkuk kecil)
1 asam keping
garam secukupnya
jika suka pedas, boleh tambah serbuk lada hitam

Bahan Tumis
4 ulas Bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
4 biji kayu cengkih
4 biji bunga lawang
4 biji pelaga
3 helai daun kari

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara menyediakan

Panaskan kuali/periuk dengan api sederhana besar. Tuangkan minyak. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau.

Masukkan bahan kisar dan kacau selama 5 minit.



Masukkan rempah kari dan kacau lagi hingga sebati.



Masukkan daging dan kacau selama 5 minit. Masukkan garam secukup rasa.




Masukkan pati santan (santan pekat) dan kacau sesekali sehingga pecah minyak (kira-kira 20 minit).




Masukkan kerisik dan asam keping.



Masukkan santan cair dan akhir sekali masukkan kentang. Kacau sehingga kentang empuk. Setelah kentang masak, boleh tutup api sebab kari dah masak.



Kari ini sedap dimakan dengan nasi, roti jala (resipi roti jala, click sini), roti arab (resepi roti arab click sini) dan banyak lagi padanannya. Semuapun boleh...



No comments: