Sebelum kita mengarut panjang, saya definisikan dahulu maksud `disclaimer'. Perkataan `disclaimer' ini bermaksud penyangkalan atau penolakan mengenai sesuatu perkara. Maksudnya dalam bahasa omputih pula `denial of any connection with or knowledge of'.
Dengan meletak disclaimer pada laman web atau iklan, maka manufacturers dapat mengelak daripada saman-menyaman oleh pengguna yang selalunya expect tinggi terhadap barang yang hendak mereka beli (faham? kena baca selanjutnya untuk faham la...)
Selalunya, kita mesti tak perasan dengan `disclaimer' yang diletak oleh pengiklan. Contoh: Kalau baca The Star, kan ada banyak iklan fast food. Lazimnya ikan-iklan tersebut ada disclaimer. Tau apa diorang tulis? Mesti tak tau kan? Dan jangan salahkan mata anda meskipun anda mungkin ada masalah rabun seperti saya. Sebabnya `disclaimer' yang diletak tu selalunya memang kecikpun.
Yang besar adalah saiz makanan yang diiklan. Kalau yang diiklan tu burger yang digandakan dagingnya, maka bertambah-tambah besarlah saiz burger tersebut ditunjukkan. Disclaimer yang kecil itu akan tertulis: Products shown are for illustration purposes only.
Hah, nampak tak disclaimer yang saya tulis tu? Kecikkan tulisannya? Saya saja test je tu untuk melatih ketajaman mata anda untuk menangkap disclaimer yang dipaparkan oleh pengiklan.
Tujuannya: Apabila anda beli burger yang ada double dagingnya tu, anda janganlah marah atau hangin satu badan kalau saiz burger tersebut below your expectations. Sebabnya, anda tak boleh saman fast food Mc Duck atau fast food yang ada kerana perkara-perkara yang dah didisclaimerkan oleh mereka.
Contoh iklan ada disclaimer. Yang kat bawah sekali tu adalah disclaimer. |
Itu tentang burger, mari saya tunjukkan contoh disclaimer di salah satu laman web jual kenderaan. Pada disclaimernya tertulis: The price of the vehicle is subject to change without prior notice.
Jadi, harga produk tersebut boleh diubah oleh pengilangnya dan tak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan kepada pelanggan. Boleh gitu?
Bagi yang produk franchise, kekadang tu ada disclaimer yang menyatakan harga produk tidak semestinya sama di setiap cawangan. Contoh adalah seperti ini: Original prices of meals featured vary according to restaurants.
Tension je kan, kalau pergi ke cawangan dia yang takde harga promosi.
Tension je kan, kalau pergi ke cawangan dia yang takde harga promosi.
Filem dan program TV pun sekarang ni dah banyak yang letak disclaimer. Kadang-kala saya terfikir dan berfikir dengan disclaimer yang dibuat. Contoh disclaimer pada poster sebuah filem seram yang pecah panggung berbunyi: Amaran: Ibu mengandung dan pesakit jantung dinasihati untuk tidak menonton filem ini.
Gambar hiasan - sebab saya suka filem ni |
Ajaibnya, disclaimer pada poster filem ini jelas dipaparkan dan memang diharap dapat dibaca sekalipun yang baca tu seorang yang rabun matanya. Disclaimer ini diletakkan di tengah-tengah poster, berwarna merah dan diboldkan pula tulisannya.
Faedahnya: Orang-orang lain (yang tidak mengandung atau sakit jantung) akan teruja nak menonton sebab dapat rasakan yang filem ini benar-benar seram.
Kesimpulan: Manufacturer dan advertiser memang bijak memanipulasikan disclaimer. Oleh yang demikian, anda kena tajamkan mata supaya mampu baca disclaimer. Selepas baca, kena tajamkan otak juga untuk lihat maksud tersirat yang sebenarnya tidak mahu disampaikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment