Sunday, December 18, 2011

Step by Step.. Choc Chip Cookies



Di hujung minggu ni sesuai sangat kalau buat cookies untuk anak-anak. Semestinya cookies yang digemari oleh anak-anak di seluruh dunia adalah chocolate chip cookies. Itulah sebabnya Chipsmore semakin lama semakin laku :D

Apa kata kita buat cookies sendiri? Budak-budak selalunya tak cerewet sangat. Asal rasa manis dan bercoklat, diorang dah appreciate sangat2.. Dan cookies yang saya nak buat ni sedap rasanya. Bukan je bebudak suka, mak bapakpun boleh join sekali. Masalahnya, Hasya cakap dengan saya, "Ini cookies Hasya." Alamak, dah jadi cookies dia.



Cookies ni rangup di keliling permukaannya tapi lembut di tengahnya (tapi tak chewy, saya masih tercari2 cara nak buat chewy cookies). Bila makan tu, terus melt dalam mulut. Rapuh dan sila duduk di satu-satu tempat dengan sopan, kalau tidak berteraburlah cookies anda di merata-rata tempat.

Bahan-bahan (dapat 24 keping biskut)

1 1/3 cwn tepung gandum
1/2 sk soda bikarbonate
1/2 sk garam (kalau pakai mentega bergaram, takyah letak garam dah)
1/2 cwn unsalted butter (suhu bilik)
1/2 cwn light brown sugar (kalau suka manis, boleh tambah 1/3 cwn gula kastor)
1 biji telur
1/2 sk esen vanilla
1 cwn chocolate chips 


Cara membuatnya

Ayak tepung, soda bikarbonate dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.

Pukul mentega dan gula selama beberapa minit sehingga sebati dan kembang.




Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati.



Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.





Masukkan coklat chips dan gaul dengan spatula.




Griskan loyang. Sudukan (1 sudu makan) adunan. Letak atas loyang. Jarak-jarakkan dalam 2 inci (cookies akan mengembang).






Panaskan oven 170 darjah. Bakar selama 11-12 minit.




Dah siap. Kejap je buat cookies ni.



Letak dalam bekas - Ini Hasya punya.

2 comments:

nadia said...

Terima kasih atas resepi yg dikongsi tp sy nk mntk maaf sbb trpksa copy paste juga sbb teringin nk buat.nmpk sngt sdp!.nk salin lama la plk.skali lg sy mohon maaf
-terima kasih-

weezana said...

Sama-sama Nadia..

Copy paste untuk cuba/simpan resepi, tak mengapa.. juga kalau nak post di blog masing2 pun takpe (dgn syarat ada backlink atau credit). yg curi, lepas tu claim dia punya, itu yg tak dihalalkan..

terima kasih sbb sudi bertandang ke sini ye:)