Saturday, December 3, 2011

Step by Step.. Cream Puff



"Try to fail but don't fail to try"

Dalam hidup, kadang-kadang kita berjaya dan kadang-kalanya kita temui kegagalan. Begitu jugalah dengan memasak dan membaking ni, kadang-kadang tu memang berlaku kejadian pembaziran yang amat.

Namun, kalau gagal dan terus berhenti.. sampai bila2pun kita tak tahu kesilapan yang kita buat. Bukan sekali dua resepi yang saya buat tak menjadi, tapi berkali-kali.

Hari ni saya nak kongsi pengalaman buat cream puff. Lepas wat bun kentang hari tu, kan ada lebihan krim kastard, jadi terasa nak kawinkan krim kastard dengan cream puff (resipi krim kastard klik sini).

Maka sayapun jenguklah di MyResipi, terpikat pula dengan resipi Cream Puff daripada Yani. Resepi Yani ni ada 78 laporan bergambar, maksudnya dah 78 orang cuba dan hampir semua mereka itu berjaya membuat cream puff berdasarkan resepi yang Yani bagi.



Sayapun `yakin boleh' lah untuk buat cream puff ni. Seperti biasa, saya cakap dalam hati `kalau orang lain leh buat, mesti akupun boleh'.

Dan... Rupa-rupanya hari ini saya terpaksa belajar erti gagal lagi. Cream Puff yang saya buat keras dan tak naikpun. Mengecewakan.

Oleh sebab bahan-bahan yang digunakan tak banyak (dan juga faktor geram yang amat), saya gagahkan diri untuk buat sekali lagi. Saya belek sekali lagi komen-komen yang ditulis pada laporan masakan Yani. saya rasa saya tahu silapnya. Saya gagal pukul telur cepat2 dan telur tu tak sebatipun dengan adunan.

Percubaan kali kedua ni, saya siap keluarkan mixer. Saya ambik keputusan untuk pukul adunan dengan mixer.. Dan Step by Step... Cream Puff (ala Beard Papa) bermula di sini...


Bahan-bahan ( Yani tulis dapat 10 biji, saya dapat 15 biji sebab saiz kecil sedikit )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.


pukul 2 biji telur ni

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.





Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.



Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

Masukkan telur, kacau cepat-cepat (saya pukul guna mixer). Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.



Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm (saya buat kecil sedikit). Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dengan air.




Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.


cream puff menaikkan dirinya sendiri

Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.




Akhirnya percubaan kali ke-2 berjaya. Terima kasih Yani!


2 comments:

nurulhaiza said...

Nurul pon haritu buat guna resepi ni... pon kena buat 2kali...

weezana said...

sedihkan masa mula2 tak jadi tu.. sib baik kali ke-2 jadi kalau tak berganda2 sedih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...