Saya petik dari sebuah blog kaki pancing:
"Ikan jenahak adalah spesis ikan pemangsa paling ganas dalam melarikan umpan. Ia adalah spesis yang tidak mudah mengaku kalah didalam pertarungan. Sikapnya sewaktu melarikan umpan yang suka menjunam mencari kawasan berbatu, karangan dan lubang membuatkan ianya spesis yang amat digeruni pemancing. Malahan sewaktu bertarung ia juga sukar untuk timbul kepermukaan, dan ini selalunya akan menewaskan pemancing yang tidak sabar dan yang tidak bijak mengawal joran."
Hmmm, patutlah ikan ni mahal ye. Rupa-rupanya susah nak tangkap hehehe.. Whatever. Yang pastinya, malam ni saya masak Ikan Jenahak Goreng Kicap.
Seperkara lagi, saya atau Mr. Hubby tak pergi memancing atau menjala bagi mendapatkan ikan ni. Kami cuma beli di pasar malam. Cara yang mudah dan jimat masa.
Ikan jenahak ni memang antara ikan yang saya suka. Kalau masak karipun memang ngam sungguh rasanya. Lemak, manis isinya, tapi tidak berkrim hehehe...
Mari kita masak Ikan Jenahak ini.
Bahan-bahan
3 potong ikan jenahak
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
1 inci halia
5 sudu makan kicap manis (kalau guna kicap masin, sila tambah gula)
1/2 sk serbuk kunyit
2 sudu maka air
garam secukupnya
Cara memasak
Gaul potongan ikan dengan serbuk kunyit dan secubit garam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak dan berwarna keperangan. Keluarkan ikan, letak dalam pinggan hidangan dan ketepikan.
Hiris bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia nipis-nipis.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan hirisan sehingga garing dan berbau wangi.
Masukkan kicap dan air. Masukkan garam secukup rasa. Kacau lagi kira-kira 6 minit.
Tutup api dan tuang kuah ke dalam pinggan yang berisi ikan tadi.
Resepi yang mudah dan sedap!
No comments:
Post a Comment