Friday, December 9, 2011

Step by Step... Sup Ayam dengan Sambal Kicap

Dah lama tak masak sup. Jadi, hari ni kita masak sup ayam ye. Sup ayam adalah salah satu masakan yang boleh dikatakan "less is more". Meskipun cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan adalah agak mudah, namun rasanya sangat memuaskan hati.




Sup ayam amat sesuai dimakan ketika musim hujan. Masakan ini juga amat popular di kalangan orang sakit kerana boleh menyegarkan badan kalau makan semasa demam.

Sup ayam atau Chicken Soup dalam bahasa Englishnya, merupakan masakan yang popular di seluruh di dunia. Ini terbukti dengan penggunaan tajuk "Chicken Soup for the Soul" untuk siri buku motivasi dan juga American TV Sitcom yang bertajuk "Chicken Soup (1989)".

Sup ayam juga berevolusi mengikut budaya dan geografi. Sup ayam yang saya nak masak hari ni adalah sup ayam versi Melayu dan pakai rempah ratus ADABI.



Oleh sebab `tak Johor' la kalau tak makan sup ngan Sambal Kicap, maka sup ayam ini saya sertakan dengan resepi Sambal Kicap juga. Barulah ada kepedasan dan kejohorannya bila disatukan kedua-dua masakan ini.

Step by Step.. Sup Ayam dengan Sambal Kicap bermula di sini:

Bahan-bahan

300 gm ayam (pilih bahagian yang bertulang barulah sedap)
1 biji kentang (potong 8) - boleh tambah kentang kalau suka
1 bungkus sup bunjut ADABI
1 1/2 sk perencah sup ADABI
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tangkai daun sup
4 cawan air
minyak untuk menumis
bawang goreng untuk ditabur atas sup (saya tak letak sebab saya tak suka)


Cara Penyediaan

Potong ayam kecil-kecil. Perencah Sup dibancuh dengan sedikit air. Ketepikan.




Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.




Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar sehingga berwarna kekuningan dan naik bau.




Masukkan 4 cawan air dan biarkan mendidih (kalau masuk air panas lagi cepat mendidih).



Masukkan ayam, kentang, sup bunjut dan perencah sup ke dalam kuali. Kacau hingga perencah sup sebati. Biarkan sehingga kentang masak (kentang paling lambat masak. Bergantung kepada jumlah kentang dan saiz potongan kentang).




Apabila kentang dah masak, masukkan daun sup. Tutup api. Sekarang kita kena sediakan Sambal Kicap pula.





Bahan-bahan Sambal Kicap

12 biji cili padi (saiz kecil)
2 ulas bawang putih
4 sudu makan kicap manis
1/4 sk gula
secubit garam

Cara Penyediaan

Kisar atau tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk kecil. Masukkan kicap, gula dan garam dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.





Nota: kalau tak nak pekat sangat, boleh tambah air. Tapi tambah air masak bukan air paip.

Sudah siap untuk dimakan. Boleh makan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi. Dicadangkan juga supaya anda membuat bergedel. Barulah betul2 ngam. Sekian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...