Hari terakhir bagi tahun 2011 ni saya nak buat pizza. Kalau dah pandai buat pizza, tak payah la nak ke Pizza Hut, Domino's atau Papa John, kecuali kalau diorang ada produk baru (yang wajib dicuba) atau dah bosan makan pizza air tangan sendiri.
Sangat mudah sebenarnya untuk buat pizza yang sedap, tambahan pula kalau anda ada breadmaker yang sungguh handal menguli doh. Kalau anda tidak ada breadmaker, mintalah suami/ayah/abang/adik lelaki anda tolong uli kerana tangan lelaki lebih bertenaga daripada wanita. Itulah sebabnya, kenapa ramai chef2 yang hebat adalah lelaki. Lihat sahaja `iron chef', semuanya lelaki kecuali iron chef versi Amerika yang saya nampak adalah sorang chef pompuan. Tapi chef tu pun tak sehebat Bobby Flay kan? Hehehe...
Maka, pelbagai gadget dicipta oleh inventors (lelaki jugalah kebanyakkannya ni) untuk membolehkan wanita-wanita menghasilkan masakan yang memerlukan banyak tenaga. Lihat sahaja Martha Stewart yang menggunakan produk-produk KitchenAid (namanya pun `KitchenAid'!).
Oleh itu, pada hari ini, saya dan pembantu saya Kenwood BM250 akan membuat Cheese Frankfurter Pizza. Mari kita mulakan.
Bahan-bahan Doh (hasilkan pizza saiz besar)
200gm tepung roti
1sk susu tepung
1 sudu makan mentega
1 sk yis
1/4 sk garam
1 sk gula
1/2 sk oregano (optional, tak letakpun takpe)
2 sk madu
1 sudu makan olive oil
1/2 bread improver
125ml air
Cara buat doh
Masukkan semua bahan doh dalam Breadmaker. Pilih Menu `dough' dan tekan On. Tunggu hingga siap. Kalau tak guna BM kena uli hingga doh sebati dan kental, kemudian tutup dan biarkan selama 45 minit.
Apabila doh dah siap (BM berbunyi tanda dah siap atau yang uli tangan dah biarkan selama 45 minit). Tumbuk-tumbukkan sedikit doh untuk keluarkan angin yang terperangkap dalam doh. Kepal-kepalkan doh kira-kira 2 minit. Alihkan Doh ke papan/meja pencanai yang telah ditabur sedikit tepung (kalau tak doh akan melekat). Uli dengan pencanai dan bentukkan bulatan dengan ketebalan 0.5cm.
Alihkan doh yang telah leper tadi ke loyang pizza yang telah digris. Tekan dan ratakan doh pada loyang.
Untuk Topping
Topping ni sebenarnya boleh letak apa-apa yang anda suka. Untuk Cheese Frankfurter Pizza, beginilah caranya:
Sapukan pati tomato/sos tomato atau sos pasta ke atas doh pizza.
Susun Cheese Chicken Frankfurter yang telah dihiris kecil atas doh. Taburkan pizza seasoning. Kalau tak ada pizza seasoning boleh ganti dengan Oregano, Basil dan Parsley flakes.
Saya guna Cheese Chicken Frankfurter |
Taburkan Keju Mozzarella.
Bakar 180 darjah selama 12-15 minit atau sehingga doh pizza dah warna perang muda.
Pizza home-made dah siap! Dohnya rangup di luar dan lembut di dalam. Topping yang cheezy dan sedap.. Tba-tiba rasa lapar sangat! Mangiamo adesso!
2 comments:
Assalam sis.. kite bru try buat ikot resepi sist... alhamdullah lembut.simple and sedap..👍👍
Wassalam My Little Life,
Terima kasih sudi cuba. Alhamdulillah menjadi :)
Post a Comment