Sunday, January 1, 2012

Step by Step.. Pavlova (It's a Celebration!)

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua! 

“To follow, without halt, one aim: There’s the secret of success.”
Anna Pavlova (1881-1931)

Celebration for me: Sebagai seorang blogger, saya berjaya mencapai salah satu matlamat iaitu untuk membangunkan blog `Life is Colorful' sekurang-kurangnya dengan 100 entry. Saya juga dapat mencuba banyak resepi masakan yang sebelum ini saya tidak yakin yang saya boleh menghasilkan masakan tersebut. Saya percaya ramai di antara anda yang selalu berasa takut untuk mencuba sesuatu. Tapi, jika anda tidak mencuba, anda tidak akan tahu sama ada anda akan berjaya ataupun gagal. Kalau saya boleh lakukan, anda juga boleh.




Bagi membuka tirai tahun 2012, saya buka blog ini dengan sebuah resepi hebat yang saya sendiri tidak percaya yang saya akan dapat buat iaitu PAVLOVA.





Setelah hampir 3 bulan saya meninjau-ninjau resepi Pavlova dan melihat ramai blogger masakan berjaya membuat dessert ini, akhirnya saya memberanikan diri untuk mencuba. Alhamdulillah, usaha saya berjaya.

FYI, Pavlova merupakan dessert yang popular di Australia dan New Zealand. Dessert ini dinamakan sempena nama penari ballet, Anna Pavlova (dari Russia) yang melawat kedua-dua negara tersebut pada tahun 1926. Dessert ini memainkan peranan penting sebagai makanan kebangsaan bagi Australia dan New Zealand. Dihidangkan semasa perayaan dan acara-acara penting.




Australia dan New Zealand masing-masing mendakwa Pavlova berasal dari negara mereka. Pertikaian tersebut sehinggalah ke hari ini walaupun terdapat kajian yang mengesahkan bahawa dessert ini berasal dari New Zealand.

Tak mengapalah, biar dari manapun asal-usul meringue dessert ini, yang penting kita kena cuba masak dan cuba makan. Dipersembahkan secara langkah demi langkah... Pavlova... (resepi saya adaptasi dan terjemahkan dari joy of baking)


Bahan-bahan (untuk 6-8 orang makan)

4 putih telur (lebih kurang 120 gm)
3/4 gula kastor (saya kurangkan, resepi sebenar 1 cwn)
1/2 sk esen vanilla
1 sk cuka putih (cuka masakan)
1/2 sudu makan tepung jagung


Untuk Topping

1 cawan (240ml) whipping cream 
1 sudu makan gula kastor (resepi asal 1 1/2, saya kurangkan)
1/2 sk esen vanilla

Buah-buahan segar yang anda suka - saya letak strawberry, kiwi dan anggur (dinasihatkan untuk memilih buah-buahan yang masam kerana Pavlova ini sudah manis bangat).


Cara membuatnya

Dalam mangkuk besar dengan kelajuan sederhana, pukul putih telur guna mixer sehingga soft peak. Maksudnya pukul sampai kental sedikit tetapi belum berkilat dan bertanduk sepenuhnya.


Soft peak


Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi. Kali ini kena sampai bertanduk dan berkilat. Rujuk gambar untuk lihat rupa tanduk-tanduk tersebut. Apabila adunan ni bertanduk, ia adalah kental dan tak tumpah kalau diterbalikkan. Adunan putih telur yang kental ini dipanggil `meringue'.


masuk gula sedikit demi sedikit

Nampak tak, ada banyak tanduk

Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.




Masukkan tepung jagung dan cuka masakan. Gaul guna spatula hingga sebati.



Sediakan loyang pembakar dan letakkan sekeping kertas minyak. Di atas kertas minyak (saya pakai baking sheet yang non-stick), lukis bulatan 7 inci. Saya guna loyang 7 inci untuk lukis bulatan 7 inci. Terbalikkan kertas minyak untuk letak adunan.



Sendukkan (guna spatula je) adunan meringue tadi ke atas kertas minyak. Saya mulakan dengan letak di tengah-tengah dan kemudian cantikkan adunan dalam bulatan yang dah dilukis tadi. Bentukkan tebing-tebing meringue supaya lebih tinggi daripada bahagian tengah. Seolah-oleh seperti sarang burung (nanti nak letak topping).




Panaskan oven pada suhu 130 darjah dan bakar meringue selama 60-75 minit. Saya bakar selama 75 minit iaitu sampai warna meringue jadi coklat muda.


masuk oven


selepas 75 minit

Selepas itu, tutup api oven, tapi jangan keluarkan meringue. Biarkan sejuk dalam oven selama sejam lagi. Sila renggangkan pintu oven anda. Meringue yang berjaya adalah apabila di luar permukaannya `firm' bila disentuh dan apabila telah sejuk ia akan retak sedikit. Menerusi keretakan tersebut, anda boleh lihat dalam meringue yang lembut dan seperti marshmallow. 


Nampak tak rekahan di sekitar meringue?

Kalau tak nak makan sekarang, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Jika dah nak makan, kita perlu siapkan topping.

Perlahan-lahan alihkan meringue ke atas pinggan atau dulang hidangan. Sila berhati-hati yang amat kerana meringue ini sangat rapuh. Itulah sebabnya saya gunakan non-stick baking sheet supaya meringue ini senang nak saya pisahkan dengan kertasnya.


Rekahan bertambah besar berlaku semasa proses pengalihan

Pukul whipping cream guna mixer sehingga kental. Masukkan gula dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.





Sudu atau paipkan whip cream tadi ke atas meringue.




Susun buah-buahan ikut kreativiti anda. Maka dengan ini siaplah Pavlova..






Pavlova ini memang manis tetapi akan seimbang kemanisannya dengan gigitan buah-buahan masam pada toppingnya. Akhir kata sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2012!


2 comments:

Unknown said...

Salam kak, utk whipping cream tu pakai brand ape ye? Hope can share ��

weezana said...

Wassalam aida.. boleh guna jenama `Rich's' atau Value Pride..