Tak tahulah kenapa masakan Italy memang menepati citarasa kami sekeluarga. Nak kata yang kami ni ada susur galur keturunan Italiano, tidaklah pula jawabnya. Meskipun tanpa faktor-faktor genetic atau bau-bau bacang sekalipun, kami tidak boleh nafikan yang kami memang sukakan pasta!
Salah satu sos pasta yang menjadi pujaan isi rumah saya adalah `Alfredo'. Gravy jenis ini amatlah berkrim (bahan utamanya cream cheese!) dan rasanya sedikit masam. Untuk memeriahkan pasta dan kuah Alfredo, anda boleh tambah bebola daging atau hirisan ayam.
Memandangkan kita dah selalu makan Bolognese dengan meatball, jadi untuk Alfredo eloklah kita gabungkan dengan ayam. Maka, jeng..jeng.. jeng.. jom kita siapkan makan malam ala Italy iaitu Chicken Alfredo Pasta versi yang mudah. Saya buat versi mudah memandangkan saya berasa penat dan lapar untuk membuat gravy Alfredo from scratch. Tak sempat ler sebab balik keje pun dah malam hehehe...
Bahan-bahan
160gm Pasta Tagliatelle (boleh guna pasta apa-apa pun)
1 botol sos Alfredo (saya guna jenama Leggo's 565gm)
sedikit keju Parmesan
Sekeping dada ayam saiz besar
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
sedikit oregano flakes, chicken seasoning (McCormicks) dan basil flakes
Cara memasak
Bersihkan ayam. Kalau nak cepat masak, boleh potong ayam kepada 4 bahagian. Gaul dengan bahan-bahan berwarna biru. Susun ayam dalam loyang. Renjiskan sedikit minyak zaitun (1sk sahaja) sekitar ayam. Panaskan oven 180 darjah dan bakar ayam selama 20 minit atau sehingga masak.
Panaskan air dalam periuk. Rebus pasta sehingga lembut. Toskan pasta.
Panaskan sos Alfredo dalam periuk kecil. Gunakan api perlahan sahaja.
Cara menghidang
Sendukkan pasta ke dalam mangkuk/pinggan.
Tuangkan sos Alfredo atas pasta.
Ayam yang telah masak tadi, hiris nipis. Tabur hirisan ayam atas sos. Akhir sekali tabur sedikit keju Parmesan.
Dah siap. Berkrim sungguh Chicken Alfredo Pasta ni!
Put on tomato sauce,
Or just garlic and cheese,
Or add in vegetables,
Whatever you please
Maybe some sardines
Fettuccini alfredo sauce,
If you don’t,
Well that’s your loss.
Well put what ever you want in,
It’s really your choice,
But now you’ve made pasta,
You should rejoice.
Or just garlic and cheese,
Or add in vegetables,
Whatever you please
Maybe some sardines
Fettuccini alfredo sauce,
If you don’t,
Well that’s your loss.
Well put what ever you want in,
It’s really your choice,
But now you’ve made pasta,
You should rejoice.
No comments:
Post a Comment