Friday, January 6, 2012

Step by Step.... Nasi Beringin@Nasi Serai (dgn Ayam Goreng Berempah)



Resepi hari ni bukan saya masak hari ni. Resepi ni saya masak 2 minggu lepas tapi takde masa nak masukkan dalam Life is Colorful sebab tiap-tiap hari ada je entry lain yang saya tulis. Maka, saya jadikan resepi ni sebagai stok pada hari-hari yang saya tak masak langsung.

Oleh kerana hari ini saya mula kerja selepas 90 hari bercuti, saya memanglah tak sempat nak masak apa-apa. Ingatkan boleh bersenang-lenang di office, rupa-rupanya saya sungguh sibuk di pejabat. Justeru, entry ini cuma sempat saya masukkan pada sebelah malam.


Banyak keje

Terus-terang saya katakan, saya pun hairan juga kenapa nasi ni ada 2 nama. FYI, saya ambil resepi ni daripada syidamustafa di MyResepi. Satu namanya "Nasi Beringin" dan satu lagi nama optionalnya adalah "Nasi Serai". Kepada kengkawan yang pernah makan nasi beringin yang dijual di Bangsar, janganlah expect yang resepi saya ni sama rasanya dengan nasi beringin tersebut. Kalau resepi ni saya yang punya, saya akan letak namanya "Nasi Serai" dan tidak ada nama kedua bagi nasi ini.

Ini adalah kerana, semasa saya masak, keharuman serai memenuhi ruang-ruang oksigen di dalam rumah. Periuk nasi saya juga berbau wangi serai selama beberapa hari. Jangan salah anggap, saya tak menggambarkan nasi ini secara negatif. Daripada segi rasa, memang sedap, lembut dan harum. Tak salah kalau sesekali nak makan nasi yang ada perisa. Nasi ini adalah option kepada citarasa berlainan daripada makan nasi putih setiap hari.

Oleh kerana pada mulanya saya (konon) ingat nasi ini rasanya macam nasi beringin di Bangsar, jadi saya masak Ayam Goreng Berempah sebagai lauknya. Gandingan ini boleh tahanlah keserasiannya. Saya juga masak kari daging sebagai kuah (untuk resepi kari daging sila klik sini). Anda juga boleh masak rendang atau ayam masak merah untuk makan dengan nasi ini.


Bahan-bahan

2 cawan beras biasa
1 sudu kecil jintan kasar
½ biji bawang besar (yang kuning)
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5~6 Batang Serai (saya guna 4 batang shj)
1 sudu Besar marjerin
Air untuk menanak nasi
sedikit garam


Cara-cara

Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia. Titikkan serai.

Panaskan periuk dan cairkan marjerin. Tumis dahulu jintan kasar.



Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik.



Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa.




Tunggulah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...


Nasi dah masak


Sekarang mari masak Ayam goreng Berempah. Resepi daripada Noorsha di MyResepi.


Bahan-bahan

6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
* 1 biji bawang sederhana besar
* 2 biji bawang putih
* 1 batang serai
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit
* 1 inci lengkuas
* 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
* 1 sudu kecil ketumbar biji
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa (optional)
1 biji telur
Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

 

Cara-cara

Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.

Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. Lagi lama perap lagi sedap.




Panaskan minyak ke dalam kuali. Sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.



Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.



Goreng serta merta hingga garing.



Ayam dah siap

**Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bila time nak goreng je. Kalau hari ni perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.

Itu sahaja. Dah siap Nasi Serai dengan Ayam Goreng Berempah. Baunya harummmmm... :)





No comments: