Malam tadi saya tanya dengan Hasya, ada nak bawak bekal apa2 tak esok? Dia jawab, "Mama buatlah roti coklat."
Hurmmm, tetiba je nak roti coklat. Akibatnya, terpaksalah saya mencari resepi Bun Coklat. Penat berziarah ke blog2 masakan yang lain, saya ambil keputusan untuk guna resipi Onigiri di MyResipi. Akibat yang seterusnya adalah saya terpaksa meroti pada tengah malam buta.
Meroti memang agak makan masa meskipun ada BM250 yang membantu. Sebabnya, si BM250 tu ambil masa satu jam lebih untuk menguli doh. Lepas tu, saya pula kena takeover menguli dan kena tunggu pula sampai doh naik.
Tapi, bila tengok bun-bun tu naik dan bau keharumannya semasa dibakar, terus hilang rasa penat. Rasa teruja dan tak sabar-sabar nak merasa bun tersebut.
Bahan-bahan
200 gram tepung roti/ highprotein flour
50 gram tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung/skim milk
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti)
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional- saya letak bread softner)
2 sudu besar serbuk koko
Cara membuat
Kalau guna BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
Kalau tak guna BM: Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit. Kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
Sementara tunggu BM atau tunggu doh naik, kita buat inti krim coklat pula. Untuk krim coklat saya gunakan resepi daripada Yani di MyResepi.
Bahan-bahan (saya buat separuh sahaja daripada adunan di bawah)
40g coklat
300g susu segar
40g gula
30g tepung jagung
12g mentega
18g serbuk koko
Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
Mula-mula macam ni |
Tetiba jadi pekat dan berkilat |
Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
Langkah seterusnya: (Untuk yang guna BM dan BMnya dah siap uli doh & untuk yang tak guna BM yang dohnya dah naik 2 kali ganda)
Tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh.
Sebelum ditumbuk |
Dikeluarkan dari BM & ditumbuk |
Kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil.
Isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat. Bentukkan bulat.
Susun atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda.
Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit (saya bakar 18 minit sahaja). Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya.
Roti bun coklat dah siap. Buat roti ni thrill sikit sebab warna dia coklat, jadi saya tak berapa pasti sama ada roti ni dah masak ke belum hehehehe... :) Nasib baik ok dan tak terbakar.
Baru keluar oven |
8 comments:
Thanx for yr recipe. Sy nak cuba jap lagi.. Thanx again :D
sama2:)
Tkasih.. nk try buat esok.. ^_^
sama2:)
nampak best, saya pun mmg tercari2 resipi roti coklat niy,
lepas beli serbukkoko niy nak try buat jugak, terima kasih ea..
sama2 sazlina:)
i will try it soon..tq
Terima kasih untuk resepi into coklat. Anak² suka! 😊❤️
Post a Comment