Saturday, January 7, 2012

Step by Step... Roti Sosej

Pagi Sabtu yang cerah. Bertambah cerah dan menggembirakan sekiranya kita keluarkan Encik Kenwood si breadmaker. Maksudnya, kita akan meroti lagi. Roti apa pulak nak buat ni? Mari kita buka peti sejuk.

Hah, ada frankfurter ayam. Maka, hari ini kita akan buat roti sosej.



Resepi roti adalah daripada Yani di MyResepi. Roti ni bukan sahaja mak ngan bapak budak suka, malah bebudak pun suka. Hasya abis makan sebiji roti ni. Resepi Yani dapat 12 biji roti, hurmmm banyak sangat tu. Seperti yang anda semua tahu, tukang makan kat rumah saya ni ada 3 orang je. Jenuh pulak nak abiskan 12 biji roti sosej.

Oleh itu, saya buat separuh adunan sahaja daripada resepi Yani yang saya sertakan di bawah. Jadi, saya cuma dapat 6 biji roti sosej. Dan sekarang ni, semua roti sosej dah hadam dalam perut hehehehe...




Bahan-bahan (dapat 12 biji)

120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
60g butter
1 sudu kecil dry yeast

12 btg sosej
sos tomato/cili
mayonis
telur untuk sapu

 

Cara-cara

Masukkan semua bahan di atas berwarna biru ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap.



Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.


Bahagikan kepada 12 bahagian (saya buat separuh adunan, jadi saya dapat 6 je). Rehatkan 10 minit.



Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm. 



Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung. Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya.



Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah sampai habis.



Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur.




Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dari oven.



  
Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.



Roti yang menggoda...

No comments: