Wednesday, January 11, 2012

Step by Step.. Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Tongkol



Dengan tidak semena-mena saya `ter'masak nasi dagang pada hari Sabtu lepas. Kejadian yang di luar jangkaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor:

1. Saya ada beras nasi dagang (yang kaler merah2 tu), dan
2. Saya ada seekor ikan tongkol.

Sebenarnya dah lama sangat Mr. Hubby beli beras nasi dagang ni. Rasanya dah 7-8 bulan juga. Mr. Hubby beli semasa outstation di Kuala Terengganu. Jadi saya amik kesempatan untuk kirim beras kaler merah2 tu dengan rempah gulai.

beras nasi dagang

Rempah - ND tu mungkin bermaksud `nasi dagang'



Sebabnya, masa di US dah 2 kali juga kami buat nasi dagang. Oleh kerana bahan-bahan yang banyak tak ada, kami sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada. Iyelah kan, mana la nak cari ikan tongkol kat Fayetteville tu. Dengan kreatifnya, saya guna ikan mackerel (dalam tin) sebagai ganti ikan tongkol. Rempah pula saya pakai jelah rempah kari ikan. Sedap je rasanya, tambahan pula kalau salji tengah turun di luar rumah.

Bila Mr. Hubby cakap dia kena outstation di KT, saya pun kirimlah dua bahan yang susah nak cari di KL ni. Saya teringin nak buat nasi dagang kaler merah! Walau bagaimanapun, projek  buat nasi dagang asyik tertangguh saja kerana time tu saya tak berselera nak makan nasi.






Jeng.. Jeng.. Jeng.. Sabtu lepas tetiba dapat ilham untuk masak nasi dagang.  Resepi yang best ni datangnya dari dapur minami di MyResepi. FYI, resepi minami nilah juga yang saya gunakan selama ini untuk buat nasi dagang yang lazat, meskipun tanpa beras merah dan ikan tongkol. 



Bahan-bahan (5-6 orang)

 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
 1/2 tin santan
 garam dan gula
 1 sudu besar halba (bahan wajib ye, kalau tak taruk, bukan nasi dagang namanya)
 bawang dan halia (hiris halus2)
 air

Nota: Oleh kerana saya pakai beras nasi dagang, jadi saya tak campur dengan beras pulut dan saya cuma masak 2 cawan sahaja. saya kurangkan 1/2 adunan bahan-bahan lain.


GULAI IKAN TONGKOL

1 tin santan
1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia & 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros (saya pakai rempah gulai nasi dagang, beli kat pasar payang. kalau takde, pakai jelah rempah kari ikan)
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan

Acar

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula

Nota: Saya tak buat acar, sebab saya malas.

 

Cara-cara 

NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

Nota: Saya tak pernah masak nasi dagang pakai periuk kukus. Anda cuma perlu rendam beras semalaman. Then, masukkan semua bahan dan tanak nasi dalam rice cooker seperti biasa. Oleh kerana kali ini saya pakai beras nasi dagang, saya tidak rendampun beras tu, terus masak je.

Masuk semua bahan dan masak nasi seperti biasa

Nasi dah masak


GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. 



Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul. 




Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam santan. 



Cili kering dikisar dan ditumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.Tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan. Bahan tumis dimasukkan ke dalam santan. 




Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi. 





ACAR (saya tak buat): Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bahan-bahan tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Boleh dimakan dengan hati yang berbunga. Akhirnya, saya dapat masak nasi dagang warna merah (bukan pakai pewarna merah tau) dan guna ikan tongkol.. 



No comments: