Monday, January 16, 2012

Step by Step... Slice Cheese Cake (tak perlu guna cream cheese!)



Semalam saya cuba buat cheese cake tanpa menggunakan cream cheese. Boleh ke? Mestilah boleh, sebab Ros jintanmanis yang kata boleh. 

Kali ini kerajinan saya bukanlah sebab saya terasa nak makan cheese cake, tapi kerana semalam adalah hari jadi officemate. Saya nak buatkan sebiji kek untuk Puan Syida. Maka saya pun merajinkanlah diri.

Kek keju tanpa guna cream cheese ini sebenarnya menggunakan kepingan keju (slices cheese). Keju keping yang selalu dimakan dengan roti tu lah atau yang selalu kita apitkan di tengah-tengah burger.


Meskipun cuma guna slices cheese, tapi rasanya hebat. Lembut, gebu, manis, berkrim, wangi dan seakan-akan Japanese Cheesecake.


Bahan-bahan

4-5 keping slice cheese (saya pakai 4 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara-cara

Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.


Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.


Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.


Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue (bertanduk).

Nampak tak ada tanduk?

Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.



Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .




Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit (apabila diturunkan suhu, saya cuma bakar selama 30 minit), gunakan acuan kek berukuran 18cm (saya guna yang 9 inci) dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie (klik sini untuk penerangan lanjut tentang bain-marie), untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.



Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Kek ini lembut dan ringan. Tak rugi mencubanya. Saya parut keju cheddar untuk kesan cheese yang berganda.


Sebelum dihias

Parut Keju Cheddar

Ini nota daripada Ros Jintanmanis: Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.


Apabila di bawa ke ofis, semua orang gembira makan kek ni. Parutan keju cheddar pada permukaan kek, menambahkan lagi kemewahan kek ini. 




Apabila semua orang gembira, saya pun gembira. ♪ ♫Selamat Hari Jadi Syida ♪ ♫

16 comments:

aida said...

Assalamualaikum. ur cheesecake nampak gebu n cntik :) sy nak try tapi xpenah buat kaedah bain marie tu. sis guna oven letrik atau yg gas? bile kite letak dlm loyang berisi air tu, air tu tak terpercik ke ek bile die dah panas..bimbang air tu menggelegak n terkena cermin oven. hope sis sudi bg tips :) tq sis <3

weezana said...

Waalaikumsalam aida. Slice cheesecake ni antara yang tak berapa susah nak buat. Syaratnya kena pukul betul2 telur putih tu biar sampai keras dan bertanduk (soft peak). saya guna oven elektrik. walaupun airnya panas tapi tidaklah menggelegak sehingga terpecik-pecik.

Banyak kek yang pakai kaedah ni dan setakat yang saya surf dan lihat komen2, tak pernah pula ada yang bermasalah mengenai air yang mendidih ni. Semoga berjaya menghasilkan kek yang sama gebu dan sedap :)

Effa Kelly said...

Kak weeeeee.... effa buat 2 kali... 2 kali jadi benda yang sama.. bahagia atas kaler sama tapi tak menggelembung macam kek kak wee pastu bawah lembik mcm tak masak.. 😭😭😭😭😭

weezana said...

mungkin x cukup masak. kena tambah lagi waktu bakarnya. kek bawah lembik kena tengok juga takut masuk air. terutama kalau pakai loyang yg boleh buka bahagian dasar dia tu..

Effa Kelly said...

effa pakai loyang biasa je kak. Dia punye struktur TERASING hahhh gitu. Atas masak bawah lembik. Dia TERASING tu cantik je.. bile terbalik kat atas je terkeluar yg bawah melekat lagi. Macam yg kat atas tu terapung.. so yg berat2 mendap kat bawah

weezana said...

memang agak pelik. sebab macam x sekata. memang yg bawah tu agak berat sedikit tapi taklah berat sangat. kalau adunan tu rata, hasilnya patut rata..

Effa Kelly said...

Assalamualaikum kak weee..setelah setahun effa cuba arini MENJADIII haihhh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ bile keluarkan rasa nak menangis. Tq kak wee bg tips!

weezana said...

Waalaikumsalam Effa Kelly, tahniah! sedap kan kek ni:)

Puteri Arimi said...

dah try....lembut gileeerrrr

weezana said...

Puteri Arimi,

memang lembut dan bestkan :)

jaja said...

Klu x pakai susu segar, ganti dgn susu kotak full cream tu boleh x?

weezana said...

jaja.. boleh. sama je.

nfy said...

Thank you sis for the recipe. Finally baru ada kesempatan nak mencuba. Alhamdulillah jadi. Family suka. Siap cakap kena buat lagi

weezana said...

sama2 nfy.. alhamdulillah..

Wan Shamsul said...

Boleh tak guna periuk noxxa?

weezana said...

Wan Shamsul,

Maaf tak tahu. saya tak ada periuk noxxa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...