Thursday, January 5, 2012

Step by Step... Nasi Ayam (wangi dan sedap)

Saya sorang je kat umah hari ni. Hasya dan Khayra, pergi rumah babysitter. Dua-dua budak sedang dalam Orientation Week: Hasya orientasi di tadika dan Khayra di rumah babysitter hehehehe. Bebudak zaman sekarang, kenalah kuat dan cekal memandangkan mak bapak yang kerja dari pagi sampai malam.

Oleh kerana saya tidak menjaga bebudak, saya mula memasang pelbagai cita-cita untuk mengooking dan membaking (mohon ampun kepada Dewan Bahasa dan Pustaka). Saya juga berangan-angan untuk buat macam-macam. Kebanyakkan angan-angan saya tu bermula dengan ayat, "Kan best kalau.... " dan "Bestnya kalau dapat makan...".

Dipendekkan cerita, semalam Mr. Hubby belikan nasi ayam (bukan yang ayam makan, tapi yang manusia makan) untuk dinner. Nasi ayam tu tak berapa sedap dan ayamnya pun kecik je. So, saya macam tak puas hatilah kerana saya memang rasa nak makan nasi ayam.




Oleh kerana mood menasik tiba-tiba menjelma, saya ambil keputusan untuk buat nasi ayam. Saya nak makan nasi ayam yang sedap dan buktikan bahawa buat sendiri lagi sedap daripada beli nasi ayam kat restoran di belakang rumah (Disclaimer: mungkin nasi ayam di restoran belakang rumah anda adalah sedap dan diingatkan bahawa citarasa setiap manusia itu adalah berbeza).

Resepi saya ambil daripada junjs11 dan ubah sesuka hati memandangkan junjs11 buat untuk 6-8 orang. Satu hal lagi, resepi Junjs11 takde kuah kicap.


Kita mulakan dengan sediakan ayam.




Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 kiub pati ayam

Tumbuk bawang putih dan halia. Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk.



Rebus ayam dalam periuk. Masukkan 1/2 kiub pati ayam. Biar sehingga ayam masak. Air rebusan jangan buang, nanti nak guna.  



Keluar dan toskan ayam. Lumur pula dengan bahan perap seperti di bawah selama 20 minit.




Bahan Perap Ayam
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cm halia (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
sedikit kicap cair

Selepas 20 minit, goreng ayam sehingga garing.





Untuk Nasi

2 cawan beras (beras wangi lagi best)
1 1/2 sudu makan mentega
1/2cm halia (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
air rebusan ayam
garam
Sehelai daun pandan (disimpul)


Basuh beras dan toskan air. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga berwarna kekuningan dan naik bau.



Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi.



Masuk air rebusan ayam secukup untuk memasak nasi. Masukkan sedikit garam dan dauh pandan.



Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, gaulkan nasi supaya sebati.


Nasi ayam dah masak


Untuk Sup

Didihkan air rebusan ayam. Jika air rebusan tadi tinggal sedikit, anda boleh tambah secawan air. Kisar 1/2 bawang besar dan masukkan ke dalam periuk. masukkan juga 1 sudu makan rempah sup, garam secukup rasa dan daun sup yang telah dihiris.



Untuk Sos

Kisar 2 batang cili merah, 2 ulas bawang putih dan 1 cm halia.

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk/kuali. Masukkan 1/2 sk cuka (kalau tak suka masam sila kurangkan), 1/2sk garam dan 1/2sk gula. Masukkan 1/4 cawan air. Saya tambah 1 sudu makan gula lagi dan 2sk sos cili. Masak kesemua bahan atas api kira-kira 5 minit.




Untuk Kuah kicap

2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
1/4 kiub stok ayam (dilarutkan dalam 1 sudu makan air panas)
beberapa titik minyak bijan

Kesemua bahan ini disatukan dan gaul sebati.


Kuah kicap dan sos

Dah siap pun Nasi Ayam. Yang pastinya nasi ayam ini lebih sedap daripada nasi ayam yang dijual di sesetengah kedai makan. Nasi Ayam Chicken Rice Shop memanglah lagi sedap. Tapi kalau untuk makan sesuka hati dengan jumlah yang suka hati anda, eloklah buat sendiri kerana lebih murah dan terjamin kebersihannya.




Untuk lebih anggun sila tambah salad, timun dan tomato sebagai penyeri hidangan. Untuk saya, tak perlulah nak hias sebab saya bukan suka makan sayurpun. Sekian.


4 comments:

Dijah ZaLy said...

Assalamualaikum Kak..
dah lama dijah nak cari resepi nasi ayam simple ni...
Kak tak pakai kiub ke letak dalam nasi ayam tuh?

weezana said...

Wassalam.. ada la pakai kiub dik.. :)

Effa Kelly said...

morning kak wee!!! harini effa puasa, nak try buat nasi ayam ni la kak.. teringin pulakk. actually effa tak pernah buat pun..

weezana said...

rajin! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...