Tuesday, January 31, 2012

Step by Step... Spaghetti with Meatballs (cuma guna 3 bahan sahaja)




Resepi hari ni cuma menggunakan 3 bahan sahaja. Untuk makan malam, saya cuma masak Spaghetti dengan Meatballs. Malas bukanlah penyebab yang mendorong saya memasak resepi yang mudah ini. Ini kerana saya amat penat untuk memotong bawang atau menyediakan masakan yang remeh-temeh.

Mudah dan simple tidak semestinya tak sedap. Yang penting adalah bahan-bahan yang kita gunakan. Untuk bebola daging, saya cadangkan supaya anda gunakan Beef Balls jenama Marina kerana bebola daging jenama ini adalah antara yang tersedap rasanya. Sos spaghetti pula pilihlah jenama Prego (Tradisi).


Maka tiga (3) bahan-bahan mudah adalah seperti berikut:



Spaghetti untuk 3 orang makan (lebih kurang 160gm)
Meatball (370gm - Beef Balls jenama Marina)
Sos Spaghetti Prego Tradisi (420gm)

Cara memasak dan menyediakan juga mudah.

Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan.



Meatballs boleh direbus/kukus/goreng/bakar. Saya pilih kaedah bakar. Ikut sahaja panduan yang ada di belakang kotak meatball iaitu bakar bebola daging pada suhu 200 darjah selama 6 minit.



Panaskan sos Prego.



Cara menghidang:

Senduk spaghetti. Tuangkan sos dan kemudian letak meatballs atas sos. Siap!





2 comments:

nurulhaiza said...

Ya Allah... Kenapakah kita selalu sama kakak?? Wheheheheeee...
Nurul tgh masak bolognese sauce tuk bwk g ofc esok. Td masa kt kedai dh pegang marina beefballs tu.... Tp tk jd amik. Hehe..

weezana said...

mesti samalah sbb kita tau beza `sedap ke tidak' hehehe. dan sama sbb kita selalu bz.... marina beefballs memang sedap yum yum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...