Friday, January 27, 2012

Step by Step.. Macaroni Goreng Pedas



Macaroni atau Makaroni merupakan salah satu jenis pasta. Pasta jenis ini lazimya berbentuk `elbow' (sila lihat bagaimana bentuk siku tangan anda). Menurut lagenda, macaroni dibawa ke Italy oleh Marco Polo (semasa pelayarannya dari China ke Venice) dalam tahun 1292. Walau bagaimanapun, banyak pihak yang menentang fakta ini kerana mereka berpendapat macaroni telah wujud di Italy berpuluh tahun sebelum itu.

Macaroni dengan bentuk `elbow' ini amat popular di US iaitu dimasak sebagai `macaroni and cheese'. Walau bagaimanapun, hari ni saya tak nak masak ala-ala Italy atau Western. Saya nak masak macaroni tapi dengan citarasa Melayu. Mari kita masak `Macaroni Goreng Pedas'.



Yelah kan, dah selalu sangat makan mee, kuay teow dan bihun. Sesekali tu kita cubalah goreng pasta pulak kan. Lagi senang beli pasta, sebab pasta boleh simpan lama (lambat expired). Kalau beli mee kuning atau kuay teow, kejap je dah expired.


Bahan-bahan

180gm Macaroni Elbow
200 gm isi ayam (potong kecil-kecil)
6 keping filament crab stick (setiap satu, saya potong 6)
7 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1sudu makan kicap manis
1sk sos tiram
1-2 sk garam (secukup rasa)
sedikit gula (kalau suka manis)

Boleh tambah cendawan butang kalau suka


Cara Memasak

Panaskan air dalam periuk. Rebus macaroni hingga lembut dan toskan airnya.

Ini macaroni elbows yang saya guna

Kisar bahan-bahan berwarna biru. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan kering sedikit. 


Masukkan isi ayam dan goreng sehingga ayam masak. 


Masukkan macaroni dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan kicap, garam dan sedikit gula. Kacau lagi. Tambah garam kalau tak cukup masin.



Akhir sekali masukkan filament crab stick. Goreng sekejap dan tutup api.



Dah siap. Rasanya pedas-pedas, masin dan manis. Saya suka, Mr. Hubby suka dan Hasya pun suka.


No comments: