Thursday, January 5, 2012

Step by Step... Kek Black Forest (mengakhiri hari ke-90)



Hari ke-90 tiba jua... Esok saya akan mula bertugas seperti biasa. Sungguh panjang rasanya cuti kali ini. Banyak sungguh resepi-resepi yang telah saya cuba.

Pada hari terakhir cuti yang panjang ini, saya telah memaparkan entry roti pada sebelah pagi, nasi pada tengah hari dan saya persembahkan `Black Forest Cake' sebagai penutup tirai.




Kek ini sesuai dimakan setelah disejukkan. kalau tak sejuk, kurang sedap jadinya. Saya pilih topping dan filling blueberry, rasanya jadi extra sedap. Tapi, saya kurang pandai mendeco. Kurang cantiklah kek saya ni. Di bahagian tepi kek juga sepatutnya saya letak chocolate rice, tapi saya baru perasan yang saya takde stok chocolate rice yang berwarna coklat, yang ada cuma yang berwarna-warni. Itupun, ada sedikit sahaja. Maka bertambah kurang cantiklah kek saya.

Seperkara lagi, kalau nak krim yang lebih tebal, gunakanlah whipping krim sebanyak 2 kotak. Saya pakai sekotak yang 200ml sahaja. Jadi krim yang meliputi kek saya tidak tebal. Saya juga gunakan Cherry yang diawet sahaja. Kalau pakai buah Cherry yang fresh lagi sedap.

Apa-apapun, sedap je saya makan kek ni. rasa coklat, blueberry dan sejuk2 krim. Resepi kek saya ambil dari Fotopages MamaFami. Mari kita lihat bahan-bahannya.

Nota: Guna Non dairy whipping cream lebih bagus sebab lebih kental krimnya. Saya guna yang UHT sebab tak sempat nak beli di bakery.


Bahan-bahan

3 biji telur
120gm tepung
175gm gula castor
60ml minyak jagung
125ml air panas
24gm serbuk koko
2sk baking powder
5ml esen vanilla
secubit garam

Whipping cream dan filling secukupnya

Buah Cherry untuk hiasan


Cara Membuat

Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Ketepikan.

Asingkan telur putih dan telur kuning.



Mix serbuk koko dengan air panas. kacau sebati dan biarkan sehingga sejuk.



Satukan kuning telur, minyak, gula, esen dan serbuk koko tadi. Gaul sebati.



Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati (saya pukul guna mixer sekejap).



Putar putih telur hingga bertanduk dan kental.



Campurkan putih telur dalam adunan. Gaul sebati.




Masukkan dalam loyang yang digris.



Bakar pada suhu 175 darjah sehingga masak. Saya masak selama 30 minit.




Cara Penyediaan

Setelah kek sejuk, bahagikan kek kepada 3 bahagian. Saya cuma bahagi kepada 2 bahagian sebab saya takut kek saya pecah.




Putar Whipping cream sehingga kental.

 

Pada atas permukaan bahagian bawah, sapukan filling (saya guna blueberry filling).



Sapukan pula whipping cream atas filling tersebut.



Cantumkan bahagian bawah dengan bahagian atas.



Sapukan whipping cream pada keseluruhan permukaan kek dan tepi-tepi kek. Letak chocolate rice pada bahagian tepi kek. sapukan filling pada tengah-tengah permukaan kek dan susun buah Cherry pada keliling permukaan kek.



Kek Black forest saya sudah siap. Lain kali saya deco lagi cantik ye, maklumlah ini first time untuk kek ni. Lain kali? Ha'ah lain kali. Harap-harap saya akan mampu meneruskan kegilaan membaking ini dalam kesibukan yang tidak menentu hala. Jumpa lagi!





4 comments:

nurulhaiza said...

cantik la tu kak.... sedapnyaaa..... nnt nak try la. tp kena siapkan indulgence dulu... hahahahaaa... letih!!!

weezana said...

kek ni tak rumit sangat. cuma akak tak pandai nak deco hehehehe...

NINA FARHANA said...

Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂

weezana said...

Semoga kek menjadi Nina :)