Hari ini Jan 1, 2012. Buat pertama kalinya saya begitu berat hati untuk menulis entry seterusnya untuk Life is Colorful. Bukan kerana saya malas atau saya merajuk, tapi kerana entry Pavlova yang saya buat pada detik 12 malam semalam begitu indah di mata dan di hati. Sehinggakan, saya seperti mahu entry tersebut berada di puncak paling atas blog ini tanpa ada kemasukan mana-mana entry yang lain.
Kemudian, saya tersentak daripada lamunan akan keindahan Pavlova tersebut. Saya sedar yang saya harus teruskan perjuangan. Tahun baharu sepatutnya memberikan semangat berganda buat saya. Entry Pavlova bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya satu permulaan bagi langkah ke peringkat yang seterusnya.
Maka, kuatkan hati dan semangat dengan kata-kata inspirasi daripada Einstein:
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow.
Mari kita teruskan membloging menerusi Life is Colorful. Entry pada 1 Jan ini adalah Pasta Carbonara. Sekali lagi Italian Cuisine menjadi pilihan selera. Resepi adaptasi dari Yani di MyResepi.
Bahan-bahan (saya adjust sedikit Yani buat utk 2 org, tapi saya buat utk 3 org)
3 biji telur separuh masak
Pasta utk 3 org makan (saya guna Tagliatelle sebanyak 160gm, boleh guna spaghetti juga)
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar butter
sedikit garam
1 ulas bawang putih- dicincang (saya kisar)
1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang (saya kisar)
2 sudu besar minyak zaitun
80 gm Isi ayam dipotong kecil (saya tambah)
Parmesan cheese secukupnya
Parsley kering secukupnya
4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu) - saya tak letak sbb tak international
serbuk lada sulah/lada hitam
Cara memasak
Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
Pasta yg saya guna, tapi tak pakai semua |
Cuma pakai 6 gulung |
toskan |
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masuk isi ayam dan kacau hingga ayam masak.
Masukkan pasta bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin.
Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
sepatutnya telur kuning tu tak pecah, saya terkasar pula |
Siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment