Monday, January 9, 2012

Step by Step.. Custard Egg Pastry (mood inovasi menjelma)



Saya tak nak gabungkan entry ini dengan entry egg tart kerana tak mahu entry egg tart tu jadi panjang berjela-jela. Lebih senang membaca blog ini sekiranya entry ini saya tumpukan kepada Custard Egg Pastry sahaja.

Mood inovasi menjelma apabila terdapat lebihan filling kastard telur selepas membuat egg tart. Nak buang tersangatlah sayang sebab filling ini manis-manis berkrim.  Nak buat shell pulak, tak kuasa semata-mata nak abiskan egg filling ni.



Saya terus berfikir dan berfikir cara untuk menggunakan custard egg filling ini. Then, saya rasa saya nak cuba buat guna pastry. setelah membelek-belek puff pastry jenama kawan, saya mendapati puff pastry tersebut agak kecil untuk saya gunakan dalam bowl saya yang bersaiz sederhana. Nak buat guna acuan muffin pula, saya tak ada saiz acuan muffin yang sesuai.

Jadi, saya letak semula puff pastry tadi dalam ruang sejuk beku. Tetiba je mata saya terpandang paket roti canai segera (frozen). Saiz roti canai ini agak sesuai dengan mangkuk yang saya nak guna.

Mari kita mula proses penciptaan ini....

Bahan-bahan untuk 4-5 keping Custard Egg Pastry
4-5 keping roti canai segera
1/4 cawan susu cair
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan air
1/2 sudu besar tepung kastard
1/4 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning


Cara-cara

Untuk buat custard egg filling: Campur semua bahan (kecuali roti canai segera). Gaul sebati.







Keluarkan roti canai segera dari ruangan sejuk beku. Biarkan seketika supaya kepingan roti tersebut menjadi lembut. Tapi jangan sampai lembut sangat sebab nanti koyak dan susah nak dimasukkan dalam mangkuk.


Sediakan mangkuk bakar. Sapukan sedikit mentega pada sekeliling ruang dalaman mangkuk bakar. Masukkan sekeping roti canai dalam setiap mangkuk, ratakan sedikit (tekan sedikit) supaya pastry roti canai memenuhi ruangan dalam mangkuk bakar dan ada ruang untuk diisi dengan filling.


Tuangkan egg filling ke dalam mangkuk yang dah dimasukkan roti canai tadi. Tuang separuh isipadu sahaja.



Panaskan oven 180 darjah dan bakar sehingga pastry berwarna tompok2 coklat dan filling tidak lagi cair. Sekiranya pastry telah pun masak tetapi filling masih belum masak, sila kurangkan suhu oven anda. Segala-galanya bergantung pada saiz loyang, kepanasan oven dan isipadu filling yang anda letak.



Dah siap, begilah rupanya.



Perlahan-lahan keluarkan daripada mangkuk. Cungkil sikit-sikit, dan sopan-santun.


Dan begini rupanya pula apabila dipotong.





Best je makan pastry ni. :)

No comments: