Sunday, January 15, 2012

Step by Step.. Nasi Goreng Seafood



Nasi Goreng Seafood untuk dinner ni adalah permintaan Mr. Hubby. Kebetulan dalam peti sejuk ada lebihan udang dan sotong baki masak Spaghetti Aglio Olio hari tu. Sebenarnya juga, dalam peti sejuk dah tak berapa nak ada stok bahan mentah. Ini kerana Jumaat lepas tak sempat nak pergi pasar malam sebab Mr. Hubby kena bergegas ke UiTM sebab ada discussion group.

Jadi, tak dapatlah nak masak masakan yang hebat dan best-best. Saya baru je berkira-kira nak buat Nasi Ayam Penyet ke, Whole Bird Chicken Grill ke, tapi tak dapat ler nampaknya minggu ni. Mungkin minggu depan kot.



Walaupun cuma nasi goreng tapi Nasi Goreng Seafood ini sangat sedap. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ni, kalau tak sedap saya takkan post dalam blog ni. Buang masa dan buat penat saya taip je. Almaklum, blog saya ni adalah buku resepi saya, jadi buat apa saya nak simpan resepi yang tak sedap kan.. kan...


Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)

3 cawan nasi (lebih kurang 1 1/2 cawan beras)
5 ulas bawang merah (kecil)
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah (saiz kecil)
2 biji cili padi
2 sudu makan kicap manis
3 ekor sotong (saiz biasa je)
8 ekor udang (saiz biasa je)
sebiji telur
garam secukup rasa
* boleh letak sayur kalau suka.

Nota: Sila kisar bahan-bahan yang berwarna biru.


Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar (warna biru) sehingga kering dan berbau wangi.



Masukkan udang dan sotong. Masukkan garam lebih kurang 1sk. Kacau sehingga seafood masak.



Masukkan nasi dan masukkan kicap manis. Kacau lagi hingga sebati.



Pecahkan telur di atas nasi. Gaul lagi sehingga telur kering dan masak. Rasa sikit dulu, kekalau tak cukup masin. Sila tambah garam kalau tak masin.




Tutup api dan boleh dihidang.



Saya tambah hati goreng untuk dimakan dengan nasi ni. Almaklum, hatiku hatimu jua... :)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...