Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama ke Tadika.. Hasya

Hari ini Jan 4, 2012, buat pertama kali dalam sejarah, Hasya akan mula belajar di tadika. Kami awal-awal lagi telah daftarkan Hasya di salah sebuah tadika di kawasan perumahan kami.

Maka, seawal jam 7 pagi, saya kejutkan Hasya untuk bersiap. Hari ini saya akan uruskan Hasya, sementara Mr. Hubby akan jaga baby Khayra di rumah.



Siap berpakaian sekolah, saya lihat mood Hasya agak ok juga. Kami bertolak awal sedikit kerana ingin sampai awal. Lagipun, kalau sampai lewat, susah pula saya nak cari parking.



Tidak sampai 5 minit perjalanan, kami telahpun tiba di tadika tersebut. Kelihatan ramai ibu bapa yang menemani anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan ini. Salah seorang guru yang menyambut kami meminta Hasya tanggalkan kasut dan turut bermain di sekitar kawasan tadika (konon nak suruh warming up).



Penat jugalah memujuk, baru Hasya mahu tanggalkan kasut, itupun dia tidak mahu bermain dengan kanak-kanak lain. Kira-kira jam 8.40 pagi, semua murid diminta untuk masuk ke dalam kelas. Maka, drama pun bermula. Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat dilihat semasa proses pemisahan dengan ibu bapa. Ada yang menangis, ada yang cool je, ada juga yang meraung dan menggegarkan pintu grill.


Berjaya pujuk Hasya tanggal kasut

Tentang Hasya? Dia pun drama queen juga... Mula-mula dia pegang tangan saya, dia cakap dia nak balik. Saya cakap, "Kalau balik, nanti Papa pukul." Dia cakap, dia takut nak masuk kelas. Saya pujuk dan pujuk, saya kata, "nanti Mama tunggu kat luar ni, sampai Hasya balik." Barulah dia nak masuk ke dalam kelas.


nama Hasya atas sekali

Sebaik sahaja dia masuk, cikgu pun kuncilah pintu grill. Then, tetiba je Hasya menangis dengan kuat. Rupa-rupanya dia panik sebab pintu tu dikunci. Kekonon macam baru masuk dalam penjaralah. Aiseh, tak pasal2 drama menjadi semakin tegang. Pujuk elok2 tak berjaya, last2 salah seorang cikgu dukung Hasya ke tingkat atas. Tiga minit selepas tu, cikgu kata, "Dia dah ok."




Begitulah drama hari ini. Saya pun balik la dahulu ke rumah. Sepuluh minit sebelum jam 10.30 pagi, saya dah terpacak di depan tadika untuk ambil Hasya. Dan, saya dapat snap gambar wajahnya yang ceria.


Wajah Hasya yang ceria semasa kelas tamat

Semasa dalam kereta saya tanya dengan Hasya, "seronok tak sekolah?" Dia jawab, "seronok!" Saya tanya lagi, "Habis tu, tadi kenapa nangis?" Dia jawab, " Tak tahu." Hurmmm, sabo je lah kan...

Sebenarnya, saya pun ada rasa nak nangis masa Hasya tengah menangis tu. Tapi, tak ke giler namanya kalau anak nangis dan mak pun nak nangis sama. Jadi kena waras dan kena tahan jelah. Sebabnya, saya pun sedih la tengok anak yang nak masuk sekolah first day dan first time ni. Bila dia panik, ingat saya tak panik ke? Huhuhu...

Tambahan pula, hari ini adalah hari pertama ke tadika bagi Hasya dan saya. FYI, saya tak pernah bersekolah tadika. Masa saya kecik dulu, sekolah tadika jauh dari rumah jadi saya tak ke sekolah tadika, preschool saya adalah homeschool. Sekolah pertama saya adalah darjah satu.

Saya masih ingat lagi semasa my parents hantar saya ke sekolah rendah. meskipun saya tak bersekolah tadika, tapi saya tak nangispun. Saya juga pandai membaca, melukis dan mewarna, sedangkan sesetengah murid yang sekolah tadika, tak pandai membaca pun. Pada hari pertama juga, saya dilantik jadi ketua darjah :)



Itu kisah saya. Tapi hari ini memang nostalgia. Kerana Hasya, saya akhirnya ke sekolah tadika, buat pertama kalinya...

No comments: