Friday, January 13, 2012

Step by Step... American Chocolate Cake



Malam semalam terasa nak makan kek coklat. Jadi, saya pun mulalah menggoogle resepi seperti biasa. Hati terpaut pula dengan resepi American Chocolate Cake di Cooks.com. Resepi ni lengkap dengan Fluffy Frosting dan Fudge Frosting. Tapi di rumah takde stok shortening. Hmmmm, saya buat frosting syok sendiri jelah ye.

Kemudiannya terjumpa pula resepi yang hampir sama di di dapur Kak Ummi. Saya ambil keputusan nak ikut resepi ini. Tapi untuk kek sahaja, toppingnya saya still nak buat yang syok sendiri.




American Chocolate Cake ni senang je nak buat, bahan-bahannya pun senang. Mari kita mulakan dengan bahan-bahan:

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in) - saya pakai dua loyang saiz 9 inc
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara-cara

Ayak bahan * sekaligus.



Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (saya putar guna mixer selama 2 minit)



Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.




Saya bahagikan adunan kepada 2 bahagian.



Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (saya ikut Kak Ummi, bakar 165 darjah).


Baru masuk


Nota: Saya bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut Cooks.com). Dengan suhu 165 darjah, saya bakar lebih kurang 25 minit.
 
Anda boleh ikut topping yang Kak Ummi buat:

1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (akak guna Van Houten)
secubit garam

Cara: Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.


Saya guna topping:
90g coklat putih masakan
60ml susu segar
25g butter 
2sb gula

Saya double boilkan semua bahan topping.



Kemudian saya sapu pada permukaan salah satu kek. Dan saya tabur sedikit badam cincang.




Saya letak satu lagi kek atas kek yang tadi.
 

Saya sapu lagi topping tadi pada permukaan kek. Dan tabur parutan coklat masakan putih dan Coklat Cadbury yang dipotong halus.




American Chocolate Cake yang penuh rasa coklat sudah siap. Cantik tak? :)




Akhir sekali, potong untuk bawa office.



Di bawah saya sertakan resepi buat frosting seperti mana dalam cooks.com.


FLUFFY FROSTING: (For the layers between cakes)

2 tbsp. flour
1/8 tsp. salt
1/2 c. sugar
1/2 c. milk

1/2 c. shortening
1 tsp. vanilla

Combine flour, milk and salt in medium
pan. Cook until thick, stirring constantly. Place pan in refrigerator until cold, then add shortening and sugar. Beat with mixer until fluffy. Add vanilla. Spread between layers of your favorite cake.


CHOCOLATE FUDGE FROSTING: (For the top of cake)
1/3 c. butter
2 2/3 c. powdered sugar
1/3 c. milk
1 tsp. vanilla
2/3 c. cocoa, dark flavor
1/3 c. cocoa, medium flavor
3 tbsp. cocoa, light flavor


Melt butter over medium heat. Add cocoa for the flavor you prefer. Cook over medium heat, stirring constantly until mixture just begins to boil. Remove from heat. Pour into small mixer bowl, cool completely. Add powdered sugar alternately with milk, beating to spreading consistency. Blend in vanilla. Makes 2 cups.

No comments: