Sunday, January 15, 2012

Step by Step... Tuna Seafood Pizza (dengan Sos Thousand Island)



Hari ni saya tanya dengan Hasya, nak makan apa? Dia jawab: Pizza. Nampaknya kena meroti lagilah ye.

Kali ni nak cuba buat doh pakai resepi dari MyResepi pulaklah. Saya ikut resepi dari dapur minami133 di MyResepi. Minami133 buat pizza ayam, saya pulak nak buat pizza seafood. Ramai yang bagi feedback pada minami133 yang doh pizza ni lembut dan sedap, ni yang saya bersemangat nak cuba. Jom kita mulakan.


Nota: Resepi asal tidak gunakan breadmaker, jadi anda boleh ikut cara-cara yang minami133 buat.

Bahan-bahan  (Pizza saiz besar)

200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung


Untuk topping (cara saya)

Tuna dalam tin (guna separuh tin) - saya pakai Tuna in olive oil Ayam Brand
4 keping filamen berperisa ketam (potong 4 setiap keping)
Keju Mozzarella
Sedikit Oregano Flakes
Sos Thousand Island - saya pakai Lady's Choice


Cara-cara

Bahan-bahan utk doh piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.

Saya skip step di atas (berwarna biru) kerana saya suruh BM250 uli doh. Dan step seterusnya adalah:


Doh yang dah siap

Canai doh tersebut setebal 0.5 cm.



Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut.



Sapukan sos tomato pada permukaan doh.



Taburkan sedikir oregano flakes dan susun isi tuna pada sekitar permukaan doh.



Susun crab filament.



Paipkan sos thousand island.



Dan tabur keju Mozzarella.



Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.




Sesuai dimakan semasa panas! Dohnya sedap dan lembut. Topping juga sangat berkrim dan lazat.



No comments: