Friday, December 2, 2011

Step by Step... Nasi Goreng Udang

Semua orang mesti pandai masak nasi goreng. Bukannya susahpun, cuma masukkan nasi dan sepeket perencah nasi goreng je dalam kuali. Tambahan pula, sekarang dah ada produk baru yang cuma memerlukan anda gaul sahaja tuna dalam tin dengan nasi untuk membuat nasi goreng.

Walau bagaimanapun, lupakan semua jenis perencah itu kerana nasi goreng yang lazat adalah nasi goreng yang tidak gunakan perencah. Maksudnya, masaklah nasi goreng from scratch.




Resepi hari ini adalah `Nasi Goreng Udang' (ala kampung) yang sedap sangat, ada rasa pedas-pedas dan manis. Bukan susahpun nak buat, cuma ikuti sahaja Step by Step.. seperti di bawah:



Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)

2 cawan nasi
150gm udang saiz sederhana
2 biji telur (dipukul sedikit)
1-2sk kicap manis 
garam secukup rasa (1/2 - 1sk)

p/s: boleh tambah sayur kangkung kalau suka sayur.

Bahan Kisar
1 biji cili merah
2 biji cili padi (kalau tak makan pedas, takyah letak)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan





Cara Menyediakan

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga agak kering dan berbau wangi. Masukkan garam.




Masukkan Udang dan kacau lagi sehingga udang masak.



Masukkan telur dan kacau lagi sehingga telur masak.





Masukkan nasi dan kemudian masukkan kicap manis. Goreng sehingga sebati dan agak kering.




Dah siap nasi goreng kita. Satu rumah sudah bau belacan. Makan time!

Salah satu pinggan, nasi ni dapat 2 pinggan.

2 comments:

hazellyinn said...

u make me hungry kak wan.. hahaha...

weezana said...

hahaha.. apa lagi, jom pi makan! perrgghh, gambar profail intan tu, mengancam kiut-miut!