Dalam peti sejuk dah takde dessert. Oleh yang demikian, kenalah tinjau resepi desserts. Nak buat pudingkah? hmmm tak rasa pula nak makan puding. Kek? Idea yang bernas. Tapi asyik buat kek je. Apa kata kita buat sedara kepada kek iaitu brownies.
Menurut Encik wikipedia, brownie (atau coklat brownie) diperkenalkan di United States pada penghujung kurun ke-19. Chocolate Brownie ini menjadi popular pada awal kurun ke-20. Tekstur brownie adalah di antara tektur kek dan biskut. Kecelaruan identiti: Nak kata kek, macam rasa biskut. Nak kata biskut, macam rasa kek (mungkin filem Dr. Rozmey, 2 Alam dapat inspirasi daripada kejadian Brownie!)
Brownie yang saya nak buat ni saya rasa takde kaitan dengan Dr. Rozmey atau filem 2 Alam tu. Saya nak buat Marble Cheese Brownies yang cantik, sedap, cheezy dan mewah dengan rasa coklat. Resepi dari Fotopages Rinn Chan.
Bahan-bahan Brownies :
250gm mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies (saya tak guna, jadi memang susah saya nak keluarkan brownies).
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya seperti gambar di bawah. Buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.
pipe cam ni dulu sebelum tarik selang-seli |
Ini dah siap tarik-tarik |
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Walau apa-apapun, brownies saya telah siap dan rasa sedap je. Tapi kalau buat kali kedua, akan lebih baik. Bak kata pepatah omputih: Practise makes perfect.
41 comments:
terima kasih....saya akan follow blog ni untuk rujukan....resepi MCB saya akan cuba....
http://tong-gas79.blogspot.com/
sama-sama.. terima kasih juga sbb sudi melawat.
wahhhh cam best jer.....nak cuba la...
Cubalah. sedap rasanya. rasa coklatnya pun chocolatey! :)
thanks tau. brownies ni sangat sedap.. ;)) dan salam kenal drpd CikWan
Salam kenal juga. brownies ni memang sedap.. saya pun nak buat lagi, cuma takde masa. hehehe.. Salam kenal ye CikWan.
Nak try buat utk open house nnti!:)
Semoga menghasilkan brownies yang comel dan lazat ye Rosliza.. good luck.
Weezana..tqsm tau. Hasil resepi nie mmg awesome. Simple yet yummy!
Sama2 Rosliza. Dah lama saya tak buat brownies ni... rindu pulak tiba2.. haha
Salam kak..
Bp & sb tue ape ye kak? (;
Sy suka sgt bc blog akak.
Step by step mmg membantu sy..
Terima kasih kak..
salam Nurul,
Terima kasih sudi baca blog ni. BP tu baking powder dan SB tu soda bicarbonate. :)
salam kak..
baru terjumpa blog akak.teruja sangat sbb akak wat step by step. Sgt2 membantu saya.sy dah cuber marble cheese brownies akak. memang sedap.sy link akk dekat blog saya k. sudi2 jengah blog saya kak. tq =)
http://mariyaalicious.blogspot.com
salam Maria, terima kasih sebab sudi baca blog ni. akak dah melawat blog maria, rajin2 tulis ye, boleh kita kongsi2 resepi.
akak... x sabarnye nak buat resepi2 akk wt ni... nampk sdap sume..
jom follow blog sy... sy pn ske nak tlis psal mkanan ni... http://eqataurusgurl91.blogspot.com/
terima kasih, nanti akak melawat blog AtiQah.
Agak2 klu serbuk koko gantikan dgn milo bole x ye ?
mungkin boleh kot. ntahlah, saya tak pernah cuba. :)
Dh try wat...mmng sdp...
Embok bert, tq sbb sudi cuba.
Salam wan..selamat hari raya..dah try resepi ni mmg sedap..mohon share boleh.
Wassalam Zua.. Selamat hari raya to you too.. Takkan tak boleh. Mestilah boleh:) miss u so much!
wan...thanks..miss u so much jugak larrr
Ya zua.. <3
TriMe kasih sbb provide step by step cara utk buat kek ni.
Diyana.. sama2..
Mohon amik resepinya kak..😍
Boleh nazma:)
sis,
menarik & npk sedap..thanks ye..
insyaAllah will share the result lps try resepi ni..
feel free to visit my blog for lactation recipe..
http://ummimilkin.blogspot.my/
Share ya
Maizura, boleh... :)
Klu nak ganti susu cair tu dgn susu kotak full cream boleh x? Sukatannya sama?
Boleh. Sukatan sama.
Terimakaseh atas resepi yang sangat complete n clear tq 4sharing
Sama2 Mordiah :)
Sy mohon share ya. Thank you so much😘
Salam kak. Brownies ni mmg moist ya keknya ? Sy cuba buat dan hasilnya kek brownies tu moist. Apa pun thanks kongsi resepinya 💐💐
Tima kasih share resepi..sgt sedap..sy buat jual ramai cakap sedap..minta halal resepinya..semoga dimurahkan rezeki
Terima kasih share resepi..nmpk sedap dan caranya pun mudah..lepaa ni akk nak cuba mwmbuatnya..tq weezana..
Sama2.. semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Terima kasih atas perkongsian..
Post a Comment