Saturday, November 3, 2012

Step by Step.. Sup Ketam



Sup memang sejenis masakan yang sedap. Kalau sakit, lagilah bertambah sedap. Tapi saya tak sakit, saya cuma terasa nak masak sup. Kali ni nak masak sup ketam.
 
Orang kata, kalau kena denggi, sesuai sangat makan sup ketam. Tapi tak tau la betul ketidak, sebab saya lum pernah buat kajian atau baca kajian yang dibuat mengenai sup ketam ni. Yang saya tahu, sup ketam memang sedap. Kuahnya wangi, manis dan sangat yummy.
 
Segar je rasa tekak bila hirup sup ketam ni.. Sedapnya.... Jom kita masak main campak2 je.

 
 
Bahan-bahan
 
3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2- tak nak potong pun takpe)
1 ulas bawang merah (saiz besar) - hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1 cm halia - hiris
1 bunjut sup
2 batang serai - titik
1-2 cawan air - ikut suka ikut nak kuah banyak mana
daun sup dan daun bawang secukupnya - hiris halus
 
Cara-cara
 
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau.

 
 
Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan sup bunjut dan serai.

 
 
Masukkan ketam. Kacau sesekali sehingga ketam masak. Selalunya ketam akan bertukar warna merah apabila masak. Masukkan garam secukup rasa.


 
 
Tutup api dan tabur daun sup serta daun bawang.

 
 
tak sabar nak masuk dalam pinggan. Perrgghh sedapnya makan dengan nasi putih.

  

senduk nasi la cepat hehehe...

2 comments:

dramatic uniq said...

dari tak pandai siang ketam, dah jadi pandai sekarang sebab dah tiga empat kali "terpaksa" masak sup ketam untuk suami dan adik yang dijangkiti denggi..

alhamdulillah..memang berkesan sup ketam ni..platlet darah naik cepat lepas makan sup ketam.. :)

biasanya saya tambah carrot dan ubi kentang sebab orang demam x ada selera nk makan nasi..makan kentang dan carrot ada la kenyang sikit...hehehe.. :)


.

weezana said...

tambah kentang dan carrot, sup jadi lagi sedap. sbb ada manis carrot.

kalau malas siang ketam, minta je kat pasar malam tu suruh siangkan. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...