Sana-sini
blog dok tayang dessert yang satu ni. Seakan satu fenomena dalam dunia
blog masakan, Durian Crepe menggila di setiap dapur blogger masakan.
Dengan keindahan warna, kemeriahan rupa dan keharuman aroma durian,
crepe ini menghantui fikiran saya. Persoalannya: Berani kah saya mencuba
membuat dessert fenomena ini?
Ketakutan
saya semata-mata kerana saya memang tak begitu pandai membuat lempeng.
Saya selalunya gagal untuk mengagak ketebalan lempeng yang sesuai. Oleh
kerana penghasilan Durian Crepe menuntut saya untuk melempeng, maka rasa
takut mula menyelubungi jiwa. Bolehkah saya melempeng?
Namun,
melihat rakan-rakan yang saban hari menghasilkan crepe2 mereka di
laman-laman sosial, saya mula terpanggil untuk memberanikan diri.
Tambahan pula, saya ingin sekali untuk mengetahui apakah rasa dessert
yang comel seperti bantal-bantal kecil ini. Adakah manis? Adakah
berlemak? Adakah harum? Arrrggghh... Banyak betul persoalan yang perlu
dijawab.
My Durian Crepe! |
Apabila
dirujuk resepi-resepi di Internet, macam-macam pula versinya. Ada yang
guna 7 tepunglah, 5 tepunglah, tepung gandum sahajalah. Selepas
membelek-belek selama seminggu jugalah, saya akhirnya memilih untuk
merujuk kepada resepi Miza yang mana mengubah sedikit resepi asal dari blog Eyna. Menurut
Miza, kulit crepe resepi ini lebih kenyal, lembut dan tak mudah koyak.
Amat sesuai dengan kekurangan saya yang tak pandai melempeng ini.
Mula-mula kena beli durian dulu. Nasib baik ada jual durian dekat ngan rumah hehehehe...
Penggodaaan oleh Durian Crepe! |
Mula-mula kena beli durian dulu. Nasib baik ada jual durian dekat ngan rumah hehehehe...
Pilih-pilih durian |
Bahan-bahan (di bawah separuh sahaja dari resepi Miza, gandakan untuk dapat banyak)
Nota: Kuantiti adalah mengikut saiz kuali leper anda. Saya dapat 16 biji Durian Crepe.
Nota: Kuantiti adalah mengikut saiz kuali leper anda. Saya dapat 16 biji Durian Crepe.
50gm tepung gandum
50gm tepung ubi
25gm tepung kastard
25gm tepung jagung
2 sb minyak masak
2 1/2 sb gula pasir
secubit garam
2 biji telur
100ml susu cair/santan
375ml air
untuk crepe berwarna hijau:
sedikit perisa pandan
sedikit pewarna hijau epal
untuk crepe berwarna kuning:
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Whiskkan (Saya guna mixer dan putar).
Saya bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan untuk crepe berwarna hijau dan satu adunan lagi untuk crepe berwarna kuning. Kacau supaya warna sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berketul-ketul.
Sediakan kuali yang tidak melekat (non stick). Panaskan kuali. Tidak perlu sapu minyak sebab memang tak melekat punya kalau betul kuali anda tu non stick. Sendukkan sedikit adunan dan ratakan pada kuali sama seperti anda membuat lempeng.
Jangan terbalikkan. Biarkan sehingga masak. Lepas tu angkat dan ketepikan. Ulang sehingga adunan habis.
isi durian secukupnya. Lenyekkan sedikit. Kalau suka banyak, leh la letak banyak.
Putar sehingga kembang whipping cream ni. Jangan guna yang UHT/dairy nanti tak kembang pun krim anda.
Letak sekeping crepe. Pastikan yang berkilat di sebelah luar. Mula-mula letak whipping cream di tengah-tengah.
Pastu letak isi durian sesedap selera.
Letak whipping cream atas isi durian.
Lipat dari atas ke bawah.
Lipat pula dari bawah ke atas.
Lipat sebelah tepi kanan.
Lipat sebelah tepi kiri.
Letak crepe atas pelapik muffin supaya lebih comel dan mudak dialihkan.
Sejukkan sebelum dimakan.
Sangat cantik dan sangat sedap. Jangan lupa ye makan sejuk-sejuk. Terasa macam makan ice-cream. Aroma durian yang wangi.
Yezzzaaaa... Berjaya akhirnya.
Nota: Untuk Nota Tambahan Durian Crepe dan resepi adunan berganda. Sila klik link ini.
sebelum putar |
selepas putar |
Saya bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan untuk crepe berwarna hijau dan satu adunan lagi untuk crepe berwarna kuning. Kacau supaya warna sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berketul-ketul.
Sediakan kuali yang tidak melekat (non stick). Panaskan kuali. Tidak perlu sapu minyak sebab memang tak melekat punya kalau betul kuali anda tu non stick. Sendukkan sedikit adunan dan ratakan pada kuali sama seperti anda membuat lempeng.
Jangan terbalikkan. Biarkan sehingga masak. Lepas tu angkat dan ketepikan. Ulang sehingga adunan habis.
Dah ada banyak |
Untuk filling:
200gm whipping cream - non dairy isi durian secukupnya. Lenyekkan sedikit. Kalau suka banyak, leh la letak banyak.
Putar sehingga kembang whipping cream ni. Jangan guna yang UHT/dairy nanti tak kembang pun krim anda.
saya pakai brand ni |
Mari melipat:
Letak sekeping crepe. Pastikan yang berkilat di sebelah luar. Mula-mula letak whipping cream di tengah-tengah.
Pastu letak isi durian sesedap selera.
Letak whipping cream atas isi durian.
Lipat dari atas ke bawah.
Lipat pula dari bawah ke atas.
Lipat sebelah tepi kanan.
Lipat sebelah tepi kiri.
Letak crepe atas pelapik muffin supaya lebih comel dan mudak dialihkan.
Sejukkan sebelum dimakan.
Sangat cantik dan sangat sedap. Jangan lupa ye makan sejuk-sejuk. Terasa macam makan ice-cream. Aroma durian yang wangi.
Yezzzaaaa... Berjaya akhirnya.
Nota: Untuk Nota Tambahan Durian Crepe dan resepi adunan berganda. Sila klik link ini.
22 comments:
wowwww....!! durian crepe...!!
hehehehe..
boleh la order lepas nih ek...? :)
hehehe.. tak larat kot nak amik order. Cubalah buat. Kalau leh wat lempeng tu, confirm jadik punya crepe ni.. :)
hehehe..
ok..akan cuba buat sendiri.. :)
tapi en.suami tak makan durian dan x tahan bau durian..hehehe..kena la buat time dia gi out station nanti..ngeee.. :)
Boleh tukar kepada Mangga, Jagung atau Kastard:)
wahhhh nampak lebih sedap bila buat sendiri kan..
Diana, sedap dan puas hati :)
Kak yg 375 ml tu mcm seglas air,o gune cawan kak.
Nash_oshyaa, kena guna cawan yang ada sukatan, jangan agak2 nanti terlebih cair atau pekat pula.. memang 375ml.
N kalo sy guna sukatan sudu makan,brapa agaknye kak 50g tu?akak mmg timbang o agak2 je?
Timbang dik. Akak tak agak2 kalau resepi kuih dan kek, takut tak jadi pula... :)
akak ad special tips x camner nak ambil crepe tu dr kuali?takut trkoyak plak lau gn sudip,or akak trus lekapkan ke pinggan,sbb mmg crepe tu smulajadi xmelekat?
Akak renggangkan tepi-tepi crepe tu dan kemudian terlangkupkan kuali atas pinggan. crepe tu akan jatuh dalam pinggan. Kalau tak jatuh juga, ketuk-ketuk sikit, takpun renggang2kan lagi sekitar tepi2 crepe tu ye. insyaallah akan jatuh ke pinggan dengan sempurna. Bila dah sejuk sikit, baru agak mudah nak alih crepe.
saya baru ja makan crepe durian ni akak.selalu nyer tengok kat facebook, blog2 ramai orang cakap sedap.sekali kena.fuhh... memang sedap.
sedap sbb rasa macam makan ice-cream dan rasa durian yang hebat. kalori kalori hehehe...
Dah cuba buat smlm..memang menjadi tapi nak tanya adunan ni memang agar cair ke?? Saya terpaksa tambahkan sikit lagi tepung gandum, ubi, kastard, jagung dan gula..huhu..
Adunan mmg agak cair. Utk dapatkan crepe yg nipis. Tq sbb sudi cuba ye.
Owhh..terima kasih ya..patutlah saya rasa crepe yg saya buat tu agak tebal sikit..esok nak cuba lagi,,,^_^
Sama2 ziean.
:)
Saya dh bnyk kali buat
Dn ada kwn n kwn ada yg dh cuba...diaorng order pulak lg....huhu...tp saya cma gna tepung gandum
santan air garam sikit gula sikit ...pewarna whipping cream n durian ..tu je...tp saya lupa pulak tuan pnya blong resepi yg saya follow tu....anyway terima kasih tuan blong durian crepe anda mmg terbaik...ni nk buat lg ni...mr hubby n ank 2 suka sgt mkn...
Sama-sama Smokeblu72:)
saya dan keluarga memulangkan kepunyaan puan yang ada pada kami
Post a Comment