Wednesday, November 7, 2012

Step by Step.. Sandwich Meatball ala Subway

Kalau nak selalu makan sandwich Subway, alamatnya rabaklah purse saya. Jadi kena cari alternatif. Kena cuba buat sendiri sandwich ala-ala Subway. Antara flavor yang saya suka adalah Subway Meatball Marinara. Tada, ini adalah hasil peniruan. 



FYI, untuk meniru roti Subway yang azat adalah amat payah. Jadi saya guna Roti Frankfurter Gardenia je. Untuk meatball pula saya guna jenama Marina. Itu yang paling sedap dan dijamin halal. 



Untuk kepelbagaian perisa, saya buat 2 flavor, meatball dan chicken meatloaf with cheese. 

Bahan-bahan 

Roti Frankfurter Gardenia secukupnya

untuk Sandwich Meatball (setiap satu)
4 biji meatballs(telah dibakar/rebus)
sekeping cheddar cheese (potong 2)
Sos Prego Traditional secukupnya

untuk Sandwich Meatloaf with Cheese (setiap satu)
2 keping Meatloaf (direbus seketika)
sekeping cheese (potong 2)
sedikit mayonis

Cara-cara Sandwich Meatball

Belah tengah roti frankfurter. 



Sapukan Sos Prego pada bahagian bawah roti.



Letak 4 biji meatball.



Letak pula kepingan keju pada bahagian atas belahan roti.



rapatkan kedua-dua belahan.



Cara-cara Sandwich Meatloaf.

Susun meatloaf secara segitiga.



Susun kepingan keju di atas meatloaf.



Picitkan sedikit mayonis.



Rapatkan kedua-dua belahan roti. 




Kemudian, letak sandwich atas loyang dan bakar sadwich seketika. Sekadar untuk mencairkan sedikit keju dan memanaskan roti sahaja. Tak perlu bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan roti terbakar. 



Untuk lebih Western, sila sediakan Mushroom Soup. Siap dah dinner/lunch ala Subway.
 



 
 

No comments: