Wednesday, November 21, 2012

Step by Step... Pasta Carbonara Cendawan Mudah

Mr. Hubby dan Hasya memang suka makan pasta. Tak kiralah pasta jenis apa, semuanya memang mereka suka. Cumanya, kadang-kadang saya malas nak sediakan gravy pasta ni dari raw. Pilihan yang mudah adalah beli sos pasta yang dijual di pasaraya-pasaraya. Balik rumah cuma perlu rebus pasta dan panaskan sos.
 
Pastinya antara sos pasta yang popular adalah Bolognese. Tapi hari ni saya nak masak Carbonara Cendawan.
 
 
 
Kebetulan hari tu beli setin sos pasta Carbonara Cendawan jenama Prego.
 
 
 
Di dapur juga ada stok setin button mushroom.
 
 
 
Ini adalah antara resepi mudah dan sesuai untuk penggemar pasta. Untuk pilihan pasta, anda boleh guna apa-apa sahaja pasta yang anda suka. Paling sesuai adalah spaghetti, dan angel hair. Tapi hari ni saya nak guna tagliatelle.
 
Bahan-bahan
 
Setin sos pasta Carbonara Cendawan Prego
6-8 biji cendawan butang (dalam tin) - potong 2 atau 4 setiap biji cendawan
Pasta untuk 2-3 orang makan (100-150gm)
Parutan keju Parmesan dan olive oil secukupnya
sedikit garam
 
Cara-cara
 
Panaskan air dalam kuali atau periuk yang agak besar. Rebus pasta sehingga lembut. Masukkan sedikit (1sk) minyak zaitun dan sedikit (1/2sk) garam semasa merebus. Toskan airnya dan ketepikan pasta.
 
 
 
Tuang sos pasta ke dalam periuk. Panaskan sos sehingga mendidih. Kacau sesekali.
 
 
 
Masukkan cendawan ke dalam sos pasta. Kacau selama 3-5 minit lagi. Tutup api.
 
 
 
Letakkan pasta atas pinggan.
 
 
 
Kemudian tuang sos pada pasta.
 
 
 
Akhir sekali taburkan keju parmesan. Kalau suka boleh tabur banyak sikit.
 
 
 
Siap. Simple , mudah dan sedap.
 
 


2 comments:

Unknown said...

kak . keju parmesan tu ada jual eh kat kedai ? boleh tk akak tunjukkan gmbr keju parmesan tu ? hehe :)

weezana said...

Nur Syuhada,

Ada banyak jual di Pasaraya. Giant, Carrefour, Tesco, Aeon.

Cari di bahagian jual keju2.. ada yang dah di grated halus.