Saya pasti memang ramai yang minat dengan meatball Ikea. Saya juga amat suka dengan meatball Ikea. Walau bagaimanapun, hakikatnya teramatlah sukar untuk makan meatball di Food Court Ikea. Ini kerana, meskipun, di Food Court Ikea menyediakan tempat duduk yang agak banyak, namun jumlah pengunjung teramatlah ramai. Ramai betul yang berminat dengan menu-menu di food court ini. Ramai sungguh peminat Swedish Meatball Ikea.
Beberapa kali ke Pusat Perabot ini, ada kalanya saya berjaya mendapat tempat duduk setelah menunggu. Ada kalanya pula, terpaksa pulang hampa kerana malas nak menunggu lama. Bagi mengelakkan kehampaan dan kempunan, mari kita masak sendiri Meatball Ikea di rumah. Senang je tau. Kena beli daging kisar? Hmmmm.....
Tak perlulah nak buat dari raw. FYI, Ikea ada menjual paket meatball Swedishnya bagi memudahkan peminat-peminat menikmati bebola hebat ini di rumah masing-masing. Selain daripada bebola daging, serbuk untuk kuah bebola turut dijual. Jem lingonbverry juga ada dijual, tapi saya tak berapa minat jadi saya tak beli....
Sepeket bebola daging beratnya 1kg. Saya tidak pasti jumlah sebenar bebola yang berada dalam peket, saya agak-agak dalam 35 - 45 ketul mungkin.
Jom tengok menu saya.
Bahan-bahan (saya tak buat sepeket, banyak sangat untuk 3 orang makan)
20 biji bebola daging Ikea
sepeket 36gm gravy Graddsas
70ml cooking cream
280ml air
Cara-cara
Panaskan oven 160 darjah. Susun bebola daging pada loyang yang dialas foil. Bakar bebola daging selama 13 - 20 minit.
Didihkan 280ml air dalam periuk.
Masukkan krim masakan dan serbuk gravy. Whiskkan supaya kuah tidak berketul.
Kacau sekali-sekala sehingga mendidih (lebih kurang 3 minit). Tutup api.
Sudah siap dan boleh dihidang.
Nota: Boleh buat sides apa-apa yang anda suka. Saya hidangkan dengan kentang goreng dan peas.
Sama je rasa macam makan kat Ikea hehehe....

Peket gravy |

Ada logo halal |

No comments:
Post a Comment