Sunday, December 9, 2012

Bun Kari Daging & Bun Butter Sugar

Terasa lama betul tak meroti. Apa kata hari ni kita meroti. Hujung-hujung minggu begini barulah ada masa lebih sikit nak meroti. Almaklum nak minta bibik BM250 tu uli roti pun ambil masa 1 jam 30 minit.

Saya terasa nak makan roti kari. Teringat masa kecik-kecik dulu, saya suka sangat dengan roti kari. Bun kari ni dijual oleh penjual roti yang naik motor, yang kiri kanan motor penuh dengan roti tu hehehehe...



Untuk doh roti, saya akan gunakan resepi dari Amanda. Saya memang suka resepi doh ni sebabnya, dapat bun yang lembut tanpa perlu menyediakan water roux. Oleh kerana resepi doh ni boleh dapat banyak doh, kali ni pun saya akan buat dua jenis bun. Dipersembahkan Step by Step... Bun Kari Daging dan Bun Butter Sugar. Pilihan anda sama ada suka yang pedas atau manis:)


Bahan-bahan (untuk roti)

3 1/4 cawan tepung roti
1 1/3 cawan susu segar
2 1/4 sk yis
1 sb gula
1 sk garam
3 sb minyak zaitun
 
Cara-cara

Bahan-bahan untuk roti tu saya masukkan je dalam breadmaker. Pastu saya pilih fungsi menguli doh dan BM tu pun ulilah selama 1 jam 30 minit.



Bila dah siap, saya pun keluarkan doh yang sudah licin, kembang dan sebati tersebut. Saya uli-uli guna tangan seketika. Donh ini akan jadi lebih kenyal dan tidak melekat pada tangan. Kemudian, saya bahagikan doh ini kepada 2 bahagian.



Saya ambil satu bahagian. Satu bahagian ini saya bahagikan pula kepada 8 bahagian. Mnakala satu lagi bahagian, bahagi kepada 6. 8 bahagian tu untuk Bun Butter Sugar dan 6 bahagian tu untuk bun kari.



Kita buat bun kari daging dulu. Untuk kari daging, anda boleh guna resepi seperti di link ini.

Leperkan satu bahagian doh yang telah dibahagi 6 tadi. Kemudian letakkan inti kari daging ditengah-tengah. Tutup doh dan uli bulatkan. Ulang sehingga siap lapan biji bun kari daging. Boleh tabur sedikit keju parmesan dan parsley flakes atas bun untuk kesan yang lebih menarik.

 
Ini gambar selepas doh kembang 2 kali ganda
 


Lepas tu kita buat Bun Butter Sugar pula. Resepi inti adalah seperti di bawah:
 
50 gm mentega



sedikit esen vanilla 
20gm gula perang (brown sugar) 

Gaul inti ini dengan sebati. Kemudian, sama seperti buat bun kari tadi, ambil satu bahagian doh yang telah dibahagi 8, leperkan. Letak inti butter sugar di tengah-tengah, tutup dan uli bulatkan.





Untuk Bun Butter Sugar ni saya akan buat Bun berkembar, jadi kembarkan setiap doh seperti foto di bawah. Boleh guna pelapik muffin untuk jadikan pelapik bun.



Bahagian atas bun boleh sapu sedikit inti untuk kesan yang lebih menarik. Kemudian, biarkan 30-40 minit sehingga bun naik sekali ganda.



Panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 10-15 minit. Saya bakar 10 minit je.


6 bun kari & 4 bun berkembar butter sugar



Bun Butter Sugar

Bun Kari Daging

 


Berhati-hati ye makan Bun Butter Sugar tu panas-panas sebab inti dia mencair dan panas sangat.

Bun Butter Sugar


Bun Kari Daging ni memang awesome.

 

 Sekian.


2 comments:

Rose said...

Wiz, nmpk best je main bakar2 roti ni...kalo jenis semua manual mcm sy ni ada x step by step nyer...

weezana said...

Ros, boleh. Kalau uli guna tangan kena uli sampai sebati (agak lama juga. Kalau guna mixer (ada yg hook untuk uli doh) pun kena lama. Sebab kena sampai doh sebati, lembut dan tak melekat di tangan. Selepas tu simpan dalam bekas kedap udara dan biar kembang selama 1 jam. Lepas tu baru boleh ikut step yg saya tunjuk BM uli 1 jam 30 minit tu. Cuba tengok Bun Kentang (potato bread) dalam blog saya ni, yg tu saya guna mixer.