Semasa nak ke Morib minggu lalu, saya terfikir untuk buat kek. Tambahan pula, krim keju yang ada dalam peti sejuk, memang sudah lama saya simpan dan akan luput tempoh sebelum hujung tahun ini. Oleh itu, kena rajinkan diri juga untuk buat kek keju. Boleh juga bawa bekal ke Morib.
Kebetulan juga, semasa menggogle resepi-resepi di blogspot, saya terjumpa resepi Kek Mentega Keju oleh Dayang Jack. Nampak sedap sungguh kek Dayang Jack ni. Tengok bahan-bahan nya pun semua dah ada stok di rumah. Cumanya, Dayang Jack pesan suruh pakai mentega berkualiti seperti mentega SCS. Yang ni kena belilah sebab selama ni saya cuma pakai mentega lembu ladang je (farmcows hehehehe).
Dayang Jack juga pesan, bakar kek sampai kek warna perang. Sebab saya malas nak tunggu lama dan saya cucuk kek macam dah masak je, jadi saya keluarkan je kek ni meskipun kurang perang. Lepas tu saya letak je lah Cherry Filling yang masih ada baki dalam peti sejuk.
Saya juga guna dua loyang segiempat tepat saiz kecik. Dayang Jack guna loyang bulat. Saje je sebab saya nak test loyang yang beli di Ikea ni. Ok gakla loyang ni sebab kek tak melekat.
Sedap je makan kek ni. FYI, ketika anda baca entry ni, kek ni telah pun hadam oleh insan-insan yang makan.
Bahan-bahan (saya cut paste dari Dayang Jack)
250g tepung gandum (ayak 3 kali bersama serbuk
penaik)
1 sudu kecil serbuk penaik*
6 biji telur gred B (asingkan putih dan
kuningnya)
200g mentega berkualiti tinggi (cth : SCS) -
pada suhu bilik
135g krim keju - pada suhu bilik
2 sudu kecil esen vanilla
200g / 1 cawan gula kastor
secubit garam
keju parut untuk taburan - optional (saya tak letak)
Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 160C. Lengserkan loyang
kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas baking di dasar dan dan di
sekelilingnya. Sapukan lagi dengan mentega. Ketepikan.
Putar mentega dan keju hingga kembang dan putih.
Masukkan 1/3 cawan gula dan putar lagi hingga sebati dan gebu.
Masukkan kuning telur satu demi satu sambil
diputar perlahan. Kemudian masukkan esen vanilla. Sebatikan.
Untuk meringue : Putar putih telur bersama garam
hingga berbuih (saya tak letak garam sebab mentega scs tu yg salted). Kemudian masukkan baki gula tadi sedikit demi
sedikit sambil diputar hingga kental dan bertanduk.
Ambil sedikit meringue tadi dan satukan dengan
adunan mentega. Kacau sebati secara kaup balik dengan rubber spatula atau senduk
kayu. Kemudian ambil sedikit meringue dan ulangi proses hingga habis.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi
sedikit sambil dikacau secara kaup balik. Pastikan adunan tidak bergentel.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan ratakan.
Jika ada keju parut, boleh juga taburkan di permukaannya (saya tak letak keju parut).
4 comments:
sedapnya....nampak mcm senang jer you buat heheheh
senang tu tak la senang sangat.. bolehlah.. remeh sedikit sebab nak kena asing2 telur.. tapi kek ni dapat banyak dan rasanya juga sedap.. :)
nampak gebu betul.
Farha, cubalah. sedap kek ni:)
Post a Comment