Saturday, December 29, 2012

Step by Step... Kari Kepala Ikan Jenahak

Di Malaysia ni ada beberapa serbuk kari popular. Antaranya Babas, Adabi dan Alagappas. Antara ketiga-tiga jenama tu, saya paling suka serbuk kari Babas. Kalau takde, barulah saya pakai Adabi. My Mom kalau masak kari, dia akan gabung serbuk kari Babas dan Adabi. lagi kawww...
 
Zaman dulu-dulu (zaman my Mom muda), lagilah payah nak masak kari. Sebabnya kena giling rempah-rempah. selepas zaman menggiling, zaman guna serbuk kari timbang. sekarang ni zaman moden, serbuk kari peket kecik tu dah ditimbang cukup-cukup untuk kita masak kari satu periuk saiz sederhana hehehehe....

Kari Kepala Ikan Jenahak
 
 
Kalau masih ada masalah malas atau tak reti nak masak (rasa nak migrain bila tengok resepi yang ada banyak bahan), sekarang ni ada jual kuah kari dalam peket. Balik rumah cuma panaskan dan tambah bahan mentah dalam kuah tu. Kalau malas juga, beli kari dalam tin atau kari ada daging dalam peket je lah. Terus makan je kalau dah malas sangat. Tak panaskan pun takpe, sebab memang dah masak pun kari tu.
 
Walau bagaimanapun, hari ini saya agak rajin. Jadi saya nak masak Kari Kepala Ikan dan saya guna serbuk kari ikan Babas. Sebenarnya resepi ni saya ikut 90% daripada resepi di belakang peket serbuk kari ni. Saya cuma ubah sikit-sikit je, ikut kesesuian citarasa saya. FYI, kari ikan ni tak pakai santan (Babas memang ajar tak pakai santan). Tapi kuahnya tetap pekat dan awesome.
 
Teringat masa masak kari ikan di US, bro Azriman memang ajar masak kari ikan tak pakai santan. Tapi rasa kari tu memang awesome giler sebab kesegaran ikan dan kesedapan kari Babas tu.
 
 
Bahan-bahan

Kepala ikan jenahak dipotong 2 (Boleh gandakan kepala ikan , kalau nak makan untuk 4 orang) - kalau tak suka ikan jenahak, boleh guna ikan tenggiri, ikan merah dan ikan2 yang sesuai.

sepeket serbuk kari Ikan & Udang Babas (25gm) - gaul dengan secawan air
2 ulas bawang merah (sederhana besar) - kisar
2 ulas bawang putih (hiris halus)
sebiji tomato (belah 4)
4 batang bendi (potong 2)
1sk pati asam jawa
setangkai daun kari (saya tak letak sebab takde)
sedikit halba, jintan manis dan jintan putih
garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam periuk atau kuali. Tumis halba, jintan manis dan jintan putih hingga berbau wangi.



Masukkan hirisan bawang putih dan goreng sehingga perang.



Masukkan bawang kisar, bendi dan tomato. Tumis 2-3 minit.



Masukkan serbuk kari yang telah digaul dengan secawan air. Tambah lagi 2-3 cawan air. kalau suka kuah banyak boleh tambah lagi air. Tapi jangan banyak sangat, nanti kuah terlalu cair. Biarkan mendidih.



Masukkan ikan dan kacau sekali sekala sampai ikan masak (mendidih).



Hidang panas-panas.



Sangat sedap dimakan dengan nasi putih.





2 comments:

adda syuhada said...

teruja tgk kari kepala ikan..ni mmg peberet en hubby..dah lama xmasak cmni..

weezana said...

Saya masak kari ni pun sebab permintaan Mr. Hubby :)