Tuesday, January 1, 2013

Aiskrim Vanilla Pecan & Coklat Oreo! (It's Celebration!)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Tahun Baru 2013!

Home-made ice-cream!
 
 
Sempena hari pertama tahun 2013 ini, Life is Colorful membawakan anda resepi yang minda saya sendiri tak terfikir sebelum ini iaitu Aiskrim! Wow, apakah benar apa yang saya tulis ni?
 
Yup, permulaan yang hebat untuk tahun baru. Mari belajar buat aiskrim di rumah. Yang paling awesome, aiskrim ni sangat mudah dan cuma guna pengisar (blender) sahaja. Jadi, hapuskanlah segala kekangan. Sekiranya di rumah anda ada blender dan peti sejuk, anda pasti boleh hasilkan home-made ice-cream pertama anda!

Oreo Choc & Vanilla Pecan
 
 
 
Untuk menambahkan kemewahan dan kelazatan berganda, saya akan tunjukkan `Langkah demi Langkah... membuat Aiskrim dengan perisa Vanilla Pecan dan perisa Coklat Oreo (sila `wow' berganda!).
 
Meskipun bunyi resepi ini seperti susah, sebenarnya resepi ini mudah dibuat. Serius mudah tau. Inspirasi tahun baru ini datangnya dari shen di My Resepi. Jom belek.
 
Bahan-bahan (serius sikit je bahan-bahannya)
 
2 cawan susu segar (perisa apa-apapun takpe)
2 cawan Nestle Coffeemate
 
Nota: Saya buat 2 adunan. Satu saya guna susu perisa coklat (nak buat aiskrim coklat) dan satu lagi susu segar putih full cream (nak buat aiskrim vanilla).

 
 
 
Cara-cara
 
Kisar (guna blender) susu + coffemate. Saya kisar dalam 2-3 minit.

 
 
Masukkan adunan ke dalam bekas.

 
 
Masuk bekas dalam bahagian sejuk beku (freezer) selama 2 - 3 jam.

 
 
Nota: Adunan susu putih full cream tu saya tambah 1sk esen vanilla.
 
Selepas 2-3 jam, keluarkan adunan. Kisar (guna blender) sekali lagi adunan. Sekali lagi masukkan ke dalam bekas dan masukkan bekas dalam freezer. Kali ini biarkan semalaman.

Nota: Boleh tambah kacang/oreo (gaulkan aiskrim dengan kacang/oreo) sebelum biarkan semalaman.
 
Dan aiskrim anda telah siap apabila disejukbekukan semalaman. Topping dan perisa gandaan yang mewah adalah berdasarkan kreativiti masing-masing.

Aiskrim sudah siap untuk dimakan!
 
 
Kalau nak ikut cara saya:
 
Aiskrim Vanilla Pecan
 
Panggang/goreng tanpa minyak seketika pecan. Biarkan pecan tersebut sejuk dahulu. Kemudian gaulkan pecan ke dalam Aiskrim Vanilla. Biarkan sejuk beku semalaman.
 
 
Aiskrim Coklat Oreo.
 
Hancurkan beberapa keping biskut oreo (buang krimnya). Saya guna oreo kisar. Gaul dalam aiskrim coklat. Biarkan sejuk beku semalaman.

Sedap dan tak manis sangat


Dan kedua-dua aiskrim saya paipkan sedikit coklat cair (saya pakai coklat cair Hershey) untuk topping yang lazat.



Akhir kata, jangan takut untuk mencuba sesuatu. Anda boleh sekiranya anda yakin yang anda boleh. Mesti boleh punya.


 
 
"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover."
Mark Twain

27 comments:

Miss Hidy said...

wow menarik..x penah terfikir boleh buat askrem sdiri..

weezana said...

Samalah:) Seronok bila home-made ice-cream ni berjaya dibuat.

nurul jannah Sulaiman said...

Tak payah guna overlatte pun boleh ye?

www.prettyraudhah.com

weezana said...

Ntahlah. jadi je. memang resepi ni x pakai ovalette.

izzati zafirah said...

bleh x kalo nk gantikan coffeamate tu kpd benda yg lain.....

weezana said...

ntahlah. sebab saya pun guna resepi yang dah ada. :)

Farrah Yanna said...

boleh tak senaraikan harga kos untuk beli barang tu?

weezana said...

Farrah, kos barang2 ni berubah dari semasa ke semasa. Juga bergantung kepada tempat kita beli.

Zue Al - Faizal said...

Sy br blk bli brg..tp harga kedai runcit la coz mls nk gi bli kt tesco.

5.20 susu dutch lady full cream kotak besar
7.90 coffee mate pek 450 g (klau pek kecik pun ok, 3.20)
2.90 oreo

Zue Al - Faizal said...

Lupa nk tnya..bekas putih isi ais krim tu beli kt mn ek..mcm kt kenny rogers la bekas tu..hehe..

Zue Al - Faizal said...

Sy br blk bli brg..tp harga kedai runcit la coz mls nk gi bli kt tesco.

5.20 susu dutch lady full cream kotak besar
7.90 coffee mate pek 450 g (klau pek kecik pun ok, 3.20)
2.90 oreo

weezana said...

zue, bekas tu saya beli di kedai jual barang2 bakery. rasanya di bake with yen atau bagus. dah x ingat :)

Qider said...

kalau tak guna coffeemate nak gantikan dengan ape ye?

weezana said...

Qider, resepi asal memang pkai coffemate.

Khairul said...

x pakai gula ke utk wat aiskrim ni??

weezana said...

Tak pakai. Rasa manisnya dah cukup.

Shibah Radzi said...

tak payah letak gula bagi manis ke?

weezana said...

Shibah,

tak perlu. Rasa dia manis dan creamy dah.. tapi kalau memang suka lebih manis, boleh je tambah gula.

aisyah chan said...

kalau susu tu tukar kpd susu tin pekat dan

aisyah chan said...

tin susu cair boleh ke?

weezana said...

susu cair mungkin boleh puan aisyah..

aisyah chan said...

oke nnti sya try thank

weezana said...

ur welcome aisyah:)

fad lalala said...

Sis bape byk nak letak coffemate tu? Kalau coffemate ganti susu tepung boleh ke?

weezana said...

Salam fad,

Mungkin boleh. Tapi, tekstur dan rasa akan berlainan.

Nurul Ain Batrisyia said...

Nk tanye bole? Bekas putih tu beli kt mne ye?

weezana said...

Nurul Ain, saya beli di kedai bahan-bahan bakery. kalau x silap di bake with yen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...