Thursday, December 6, 2012

Baked Cherry Cheesecake untuk Birthday Datuk Tiger


Sebenarnya hari ini bukan hari jadi Datuk Ibrahim Yahaya (DIY) atau lebih dikenali sebagai Datuk Tiger. Ulang tahun kelahiran Datuk Tiger adalah pada 4 Disember setiap tahun. Oleh kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan, hari ini (6 Disember 2012) barulah dapat saya dan rakan-rakan meraikan ulang tahun kelahiran ex-boss kesayangan kami ini. FYI, Datuk Tiger adalah mantan Ketua Pengarah Penyiaran. Sekarang ni DIY bertugas sebagai Pegawai Media kepada YB. Menteri KPKK.



Saya buat `Baked Cherry Cheesecake' untuk my ex-boss ni. Resepinya saya berikan secara Step-by-Step pada penghujung entry ini. 

Baked Cherry Cheesecake


Sekarang ni nak cerita tentang sambutan hari jadi dulu ye. Mula-mula Datuk Ibrahim kena la tiup lilin dulu. Pastu kena potong kek.

DIY Sedang tiup lilin diiringi oleh 2 orang model novel `YB Beruk' :)

DIY memotong kek diiringi ulasan secara langsung oleh Hafizal Hamad


Kek ini memang anggun.


Sepotong Baked Cherry Cheesecake
Model Kek yang Gorgeous


Bunga dan kad comel iringan untuk birthday boy. 




Kebetulan pula novel tulisan Datuk Tiger `YB Beruk' baru sahaja diterbitkan. Maka kami dapat sorang satu masterpiece ini. 


Novel karya Datuk Ibrahim Yahaya


Yang bestnya, ada tandatangan dan ucapan daripada penulis.  Nampaknya, kenalah baca cerita pasal `YB Beruk' ni hehehehe.. (Siapakah itu YB Beruk?)




Makan pizza juga. 




Ambil gambar kenangan.


Intan, Zura, Fizal, Saya & Syida bersama DIY.



Jom kita tengok resepi `Baked Cheery Cheesecake'. Resepi ini saya olah dari resepi Baked Cheesecake  ummizaihadi.
Bahan-bahan
Lapisan bawah (crust)
230 gm serbuk biskut digestive (saya guna biskut oreo, hancurkan dan buang krim ye)
30 gm gula kastor
75 gm butter - cairkan

Lapisan atas
250 gm cream cheese 

Ini cherry filling yang saya guna
125 ml whipping cream
1 camca besar jus lemon
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung kastad
3 biji putih telur


Cheery filling secukupnya



Cara-cara 

Campurkan semua bahan lapisan bawah, ratakan dalam loyang yang telah digris terlebih dulu. Simpan dalam fridge 20 minit.


Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon, kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telur dan esen vanila. Putar lagi.


Akhir sekali masukkan tepung kastad, dan kacau rata.


Kemudian putar putih telur hingga separuh kental (saya pukul hingga kental dan bertanduk), masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan.



Tuang ke dalam loyang lapisan biskut tadi. Saya letak beberapa biji cheery filling dalam kek. Buah-buah cheery ni mendap sendiri dalam kek. 




Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 30-35 minit (bergantung kepada oven)
Nota: Saya bakar suhu 165C selama 50 minit. 



Tips: Jangan buka pintu oven semasa memasak. Bila kek telah masak, renggangkan pintu oven. Bila telah sejuk, baru masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau benar-benar sejuk. 

Setelah sejuk, barulah saya keluarkan kek dari loyang dan letak atas pelapik kek. Kemudian saya piping cantik-cantik Cheery Filling atas kek. Siap, tu je. Kiut-miut kek ni. 

Selamat Hari Jadi Datuk Ibrahim!



No comments: