Tuesday, October 16, 2012

Step by Step.. Ketam Lemak Cili Api



Ketam.. Ketam.. Ketam.. Memang sedap dimasak apa jua masakan. Saya paling suka ketam masak pedas/sambal. Tapi kalau selalu sangat, nanti Mr. Hubby bosan. Eh, bosan ke? Haha.
Oleh yang demikian, hari ni kita masak lain pulak. Kita masak Ketam Lemak Cili Api. Dan semestinya, rasa masakan ini sehebat namanya. Memang pedas, lemak dan manis-manis ketam je kuahnya. Isi ketam pun rasa sungguh lazat.

 Masa penyediaan juga sekejap dan bahan-bahan pun mudah. Saya guna santan kotak je untuk masak lemak ni. Malas nak pergi kedai beli kelapa parut hehehe...


Bahan-bahan

3 ekor ketam (bersihkan dan potong dua setiap seekor)
200ml santan kotak
1 cawan air
3 ulas bawang merah (kisar/tumbuk)
4 biji cili api (kisar/tumbuk)
2 batang serai (titik)
1 asam keping
serbuk kunyit dan garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan santan dan air dalam kuali/periuk. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk kunyit mengikut warna yang anda suka. Jangan banyak sangat, lebih kurang 1/2 - 1 sk je. Kacau sehingga mendidih.



Masukkan ketam dan kacau lagi sehingga mendidih. Ketam apabila masak, selalunya dia bertukar warna jadi merah.



Masukkan asam keping dan masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih seketika. 


Dah masak


Dah masakpun. Senang sungguh masak lemak ni. Baunya sungguh harum dan rasanya yang enak. Jom la makan.




 

2 comments:

dapurCikWan said...

bestnyer ketammmm ;))

weezana said...

sekali-sekala makan ketam memang heaven :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...