Wednesday, January 6, 2016

Universal Studio (Singapore vs. Japan).. Mana lagi best?

Assalamualaikum...

Foto wajib depan globe


Entry ni agak istimewa sebab saya nak membandingkan dua buah taman tema Universal Studio iaitu yang terletak di Osaka (Jepun) dan Singapura. Dengan persoalan, yang mana satu yang best ya? :)

Nak je saya buat perbandingan 3 penjuru, Singapore, Japan dan Florida. Tapi, yang Florida saya dah lupa sebab pergi dah lama.. Kalau tak silap tahun 2009. 

Dengan Mr. Hubby di USS


Perbandingan ini saya buat berdasarkan penilaian peribadi memandangkan jarak tempoh masa saya ke dua-dua taman ini agak dekat iaitu ke Universal Studio Japan (USJ) pada 21 November 2015 dan Universal Studio Singapore pada 27 Disember 2015. 

Dengan kengkawan kursus di USJ


1. Cuaca

Nampaknya, perkara pertama yang terlintas pada fikiran saya adalah cuaca dan suhu. Untuk faktor ini, USJ memang WIN. Sebabnya, semasa saya ke USJ, suhu adalah sangat baik. Almaklum musim luruh. Sejuk-sejuk nyaman. Walaupun penat dan berpeluh sedikit (sebab terlalu aktif), rasa syok je sebab ditiup kedinginan bayu. 

Sedangkan USS, sangatlah panas. Yelah kan, iklim khatulistiwa. Kalau tak panas, hujan. Rasa macam sesak nafas pula bila berpeluh-peluh dan melekit-lekit. Rasa nak pitam pun ada bila dah naik roller coaster terpusing-pusing dan terbalik kuang tu.

USS: Muka dah pucat & penat menjelang petang


MARKAH TERKINI: USJ 1 = USS 0


2. Rides

Ada pros dan ada cons. USJ pilihan permainannya lebih berteknologi tinggi. Lebih banyak yang offer 4D. Tarikan paling best dan terpaksa beratur panjang ialah `Harry Potter the Forbidden Journey'. Ride ni 3D. Rasa macam betul-betul terbang ikut Harry Potter naik penyapu. Terbang laju ke sana ke mari. 

USJ: Foto kenangan di Hogwarts Express:)

Ride seterusnya yang menjadi pujaan ramai di USJ ialah `The Amazing Adventures of Spiderman'. Yang ni dipersembahkan dalam 4K3D. Untuk USS lawannya ialah `Transformers the Ride'. Sebenarnya lebih kurang sama cuma animasinya lain berdasarkan character yang dibawa. 

USJ: Meet Mr. Spiderman


Dua roller coaster di USJ dilawan juga dengan 2 roller coaster di USS. Bezanya, roller coaster di USS sebelah menyebelah tunggang terbaliknya. Jadi, USS boleh claim roller coaster dia sebagai `World's Tallest Dueling Roller Coasters'. 

dua roller coaster yg berlari sebelah menyebelah

Dua-dua taman ada Jurassic Park. Dua-dua juga naik bot ke Taman Jurassic (bot di USJ lebih canggih). Dan... kena hempas di USJ lebih tinggi (25.9 meter kadar hempasan), menakutkan dan mengejutkan daripada di USS hehehe...

Disebabkan faktor teknologi dan beberapa lagi rides di USJ yang berteknologi tinggi (Back to the Future, Space Fantasy dan Jaws), USJ WIN lagi. 

USS: Rides kurang yang 3D dan high tech


MARKAH TERKINI: USJ 2 = USS 0

3. Makanan Halal

Yang ni memang USS WIN. Mana taknya, kalau anda mencari makanan halal, memang ler susah nak makan di USJ. Anda kena bawa bekal sendiri. Walau bagaimanapun, saya telanlah juga Churros untuk mengelak kebuluran.

USJ: Makan Churros je

Di USS, halal food memang banyak. Siap ada logo makanan halal pada peta taman. Contoh restoran yang menjual menu halal ialah Mel's Drive-In, Marty's Casa Del Wild Food Court, Friar's, Goldilocks dan Oasis Spice Cafe.

Sedap woo burger kat Mel's Drive In!


MARKAH TERKINI: USJ 2 = USS 1

4. Kos

Memang ler USS WIN lagi. Kita kat Malaysia ni, nak ke USS senang je. Kalau tinggal kat JB lagilah senang. Turun naik bas je. Boleh juga pandu kereta sendiri. Kalau naik kapal terbang dari KLIA pun murah. Berbanding kalau ke USJ. Tiket kapal terbang ke Osaka dah satu hal. Pastu, mesti kena overnight kan? 

Naik bas pagi-pagi

Saya ke USS, naik bas je. Saya beli pakej menerusi Edaran Travel (sila hubungi Puan Marina 011-5135571 untuk tempahan). Naik dekat-dekat dengan Tune Hotel JB. Pakej sekali dengan tambang bas pergi-balik, tiket masuk USS, baucer makan dan baucer shopping. First time tau pergi oversea naik bas!

MARKAH TERKINI: USJ 2 = USS 2


5. Bahasa

Alamak, makin menang nampaknya USS. Sebabnya, saya pening apabila tak faham tengok Shrek cakap Jepun. Asal boleh je Arnold Schwarzenegger cakap Jepun. Paling tak best, Harry Potter pun cakap Jepun! Aiiiyoooo Nihon-go Wakarimasen!

Semua karektor cakap Jepun!


 MARKAH TERKINI: USJ 2 = USS 3


6. Kemesraan dan Keprihatinan

Saya bukan sengaja nak bagi markah seri kat dua-dua theme parks ni. Tapi, pekerja dan pelawat di USJ (yang hampir majoriti Japanese) memang lagi mesra dan prihatin. Sentiasa senyum dan sopan. Mungkin faktor cuaca yang nyaman, menyebabkan mereka lebih tenang. 

Dipakaikan pin pada tudung

Keprihatinan USJ terserlah apabila dorang ada pasangkan pin keselamatan untuk sesiapa yang pakai tudung (kalau nak naik ride yang terbang ke sana ke mari). Takut tudung terbang katanya. Ceeewahhh, prihatinkan? 

MARKAH TERKINI: USJ 3 = USS 3

7. Tempoh menunggu 

xpress pass uss
Beratur sikit-sikit je di USS sbb ada xpress pass


Yang ni saya tak nak bagi markah sebab tak adil nak bagi. Sebabnya, di USJ saya tak beli xpress pass. Sedangkan di USS saya beli xpress pass sebab malas nak beratur. Tentunya laluan saya laju di USS. Dinasihatkan kepada sesiapa yang jenis panas baran, belilah xpress pass sebab memang berjam menunggu di USJ. Cuma harga xpress pass tu memang ratus ler... Bukan percuma :P


RUMUSAN

USJ 3 = USS 3 SERI

Akhir kata, saya ni memang suka sangat pergi theme parks. Tak tahulah kenapa.. Mungkin sebab rasa macam ada kat dunia lain. Juga sebab nak feeling jadi bebudak sampai bila-bila. Cumanya, bila dah makin tua ni... Makin pening naik roller coaster. Rasa macam nak muntah bila kena hempas ke sana ke mari.. 

USS: Senyum untuk Wefie walaupun rasa nak muntah

Masa lepas naik Battlestar Galactica (both Human vs. Cyclon), saya memang rasa dizzy. Kalau saya tengok cerita `Badang', confirm saya muntah sebab loya tengok Badang hadap makan muntah jin.. Hahahaha... lol....

Masa pergi ni, dua-dua US tengah mood Krismas. Masa pergi USF dulu pun on the Christmas day December 25th gitu:)

USS: Krismas
USJ: Krismas

Sekian. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...