Monday, January 25, 2016

Hot Milk Cake.. untuk minum petang

Assalamualaikum...



Memang dah lama tak baking. Weekend yang panjang adalah kesempatan terbaik untuk membaking kek. Lebih-lebih pula, kalau terasa nak makan kek. Memanglah boleh beli, tapi, kek kat kedai ada kurangnya. Sebab kek kat kedai, tak boleh dimakan panas-panas... Hot and fresh from oven gitu...



Maka, apabila ada keinginan, tentunya resepi paling sedap dicari. Pada mulanya, saya nak buat Kek Butter biasa sahaja. Yelah, dah banyak kali buat, mesti jadi punya kan.... Tapi, apabila jari tergoogle pasal Hot Milk Cake, saya terus terasa nak cuba.. Apa lagi jom tengok resepi.



Bahan-Bahan

4 biji telur (saiz besar)
2 cawan gula (saya kurangkan sedikit)
1 sk esen vanila
2 1/4 cawan tepung gandum
2 1/4 sk baking powder
1 1/4 cawan susu segar (fresh milk)
210 gm mentega


Cara-cara

Dalam mangkuk besar, putar telur (kelajuan tinggi) selama 5 minit.




Sedikit demi sedikit masukkan gula dan putar sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan esen vanila dan putar lagi.



Tepung dan baking powder ayak bersama. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan tadi. Putar pada kelajuan perlahan sehingga sebati.




Menggunakan periuk kecil, panaskan mentega dan susu sehingga mentega cair.

Masukkan mentega + susu tadi ke dalam adunan sedikit-sedikit. Putar lagi sehingga sebati.




Panaskan ketuhar 170 darjah selsius. Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar. Adunan ni banyak, masukkan ke dalam bekas yang besar. Saya letak dalam bekas tak berapa besar, kesannya memang merekah ler bila dah masak.



Sepatutnya kek akan masak dalam tempoh 30-35 minit. Saya terpaksa tunggu 45 minit sebab bekas pembakar yang tak sesuai dengan adunan.




Walau apa-apapun, kek saya tetap menjadi dan tidak menghampakan seisi rumah. Memang sedap kek ni, tambahan pula sewaktu dimakan panas-panas. 




Sekian.


4 comments:

cik hani said...

alahai..sedapnya.. tengok kek merekah tu pun dah tak sabar nak makan..

weezana said...

Sedap rasa dia, Cik Hani.. tetap lembut walaupun dah 24 jam..

DILLA said...

Kak wan...susu dgn mentega tu biar sejuk baru campur or panas2 tu masuk jer

weezana said...

DILLA, memang akak campur panas-panas tu je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...