Tuesday, August 19, 2014

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku

Salam Aidilfitri 2014. 



Hari ni saya nak berkongsi resepi Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku. Resepi ni My Mom yang masak. Saya cuma snap2 foto je. Memandangkan saya tak pernah cuba buat sendiri, maka kenalah rajin snap2 foto. Takut terlupa step-by-step nya.

My Mom guna ikan bilis untuk menyedapkan masakan ni. Kalau nak ganti, boleh ganti dengan udang. Sukatan untuk sayur pucuk paku tu pula, silalah agak-agak. Sebabnya kalau kita beli di pasar pun, sukatannya main ikat je. 

Bahan-bahan

2 ikat sayur pucuk paku
santan 1 biji kelapa
segenggam ikan bilis
15 - 20 cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit serbuk perisa (ajinomoto atau tumix)


Cara-cara

Bersihkan pucuk paku dan potong lebuh kurang 1 inci. Jangan ambil bahagian yang keras.



Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit.



Masukkan ikan bilis dan bahan kisar dalam kuali/periuk. Panaskan kuali/periuk.



Masukkan santan. Kacau sebati dan selalu. Kalau tak kacau, nanti berketul.



Setelah santan mendidih, masukkan pucuk paku. Kacau lagi sehingga sayur lembut.



Masukkan asam keping, garam dan perisa.



Dah siap untuk dihidang.



Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...