Thursday, September 4, 2014

Ayam Masak Tomato



Sebenarnya ada macam-macam cara dan resepi untuk menyediakan Ayam Masak Tomato. anda cuma perlu pastikan ada `tomato' yang digunakan dalam resepi ayam tersebut. Maka, boleh sahaja masakan anda diberi nama Ayam Masak Tomato. 

Saya juga nak masak Ayam Masak Tomato. Tapi saya tak guna buah tomato, sebaliknya saya nak guna tomato puree (pati tomato). Resepi ni simple je, yang penting rasa sedap. Meskipun warnanya merah menyala namun rasanya tak pedas dan sesuai untuk budak-budak. 


Bahan-bahan

Separuh ekor ayam (potong suka hati)
1 tin kecil pati tomato (160gm)
sebiji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
6-8 tangkai cili kering (rendah air panas, buang biji)
1 inci halia
1 batang serai
1sb sos tiram
garam dan gula secukup rasa

serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng ayam


Cara-cara

Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak, goreng sehingga ayam masak (tidak perlu garing). Angkat ayam. Ketepikan.



Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. 



Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar. Masukkan serai yang dititik.



Setelah agak kering dan berbau harum, masukkan tomato puree dan sos tiram. Kacau sehingga kuah masak.



Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.



Gaul sebati.



Dah siap dan boleh dihidang panas-panas.



Sekian. 


2 comments:

Faza said...

InsyaAllah nak cuba! Special sbb letak tomato puree tu 👍

weezana said...

main letak je.. mempelbagaikan resepi:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...