Saturday, September 6, 2014

Kek Minyak Marble Special

Assalamualaikum..



Sebelum ni saya pernah buat Kek Minyak. Terasa seronok buat Kek Minyak ni sebabnya rasanya sedap dan rupanya pun cantik. Apabila membuat kek yang sama untuk kali yang kedua, maka tiba-tiba sahaja saya terfikir beberapa kemungkinan...

Adakah Kek Minyak ini akan lebih sedap sekiranya ditambah beberapa bahan?
Adakah kek ini akan menjadi lebih awesome?

Bagi membuktikan teori-teori penambahbaikan tersebut, hari ini saya persembahkan Kek Minyak Marble Special yang lebih moist, sedap dan lebih cantik.



FYI, bahan-bahannya sama je dengan kek minyak sebelum ni, cuma kali ini saya menambah horlicks, serbuk koko dan choc emulco untuk rasa yang lebih menawan. Kali ini juga saya guna loyang segiempat tepat dan melorekkan dengan lorekan huru-hara supaya kesan artistik pada permukaan kek lebih ketara :D

Nota: Sila guna loyang saiz besar supaya kek anda tak merekah dan jangan lupa guna rak pembakaran yang agak bawah supaya permukaan kek tidak hangit. 


Bahan-bahan

5 biji telur
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum diayak dengan 1sk baking powder
1 cawan susu pekat
1sb ovallet
1cwn minyak masak
1 sk esen vanilla
1sk esen nenas
2sk serbuk koko
1sk choc emulco
1sb horlicks


Cara-cara

Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang dan berkrim.



Masukkan susu pekat dan esen vanila, putar lagi. 



Masukkan minyak masak dan perisa. Putar lagi. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.


adunan yang dah siap


Bahagikan kepada 3 adunan. Warnakan ikut warna yang anda suka. Cara saya: 
1. Satu adunan saya letak serbuk koko dan choc emulco = maka warnanya coklat
2. Satu adunan saya letak pewarna pink dan masukkan esen nenas = warnanya pink
3. Satu adunan saya letak pewarna oren2 perang (copperstone) dan masukkan horlicks = warnanya jingga copper.



Gunakan loyang yang agak besar dan lenserkan dahulu loyang tersebut. Panaskan oven 160 darjah. Kemudian senduk adunan berselang-seli dan sesuka hati. akhir sekali, ambil lidi dan lorekkan adunan. Cara saya: Saya lorek ala-ala bulatan dan huru-hara. Sekali bila dah siap lorek, cantik pula, bentuk macam bunga hehehe...



Bakar dalam oven guna rak yang agak bawah. Saya bakar selama sejam. Tempoh pembakaran adalah bergantung kepada saiz loyang dan kepanasan oven. rajin-rajinlah pergi cucuk kek tu bila tengok permukaan kek dah nampak masak atau bau kek dah harum semerbak satu rumah.



Akhir kata, kek yang terhasil amatlah cantik. Lembut dan moist sehingga ke esok hari. Kek ini juga pandai merekah sendiri apabila telah sejuk. maka, mudah untuk dikeluarkan dari loyang.



Sedap dimakan begitu sahaja. Potong kecil-kecil dan simpan dalam bekas kedap udara.



Sekian.


4 comments:

Bbwana adienia said...

salam..

memang cantik kejadian kek..

weezana said...

wassalam. alhamdulillah.. rasanya pun sangat sedap..

Honey_88 said...

Sy dah berkali2 try kek ni hehe memg sdap org rumh smua suka tq share resepi hehe..

weezana said...

Honey_88,
tulah. kek ni memang sedap. moist yumyum :) sama-sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...