Tuesday, September 23, 2014

Tauhu Sumbat Berinti Ayam

Sana-sini tengok kengkawan makan dan buat Tauhu Sumbat, maka saya pun jadi teringin nak makan tauhu sumbat. 

Malangnya, saya ni kurang makan sayur. Justeru, tauhu yang disumbat sayur-mayur itu, tidak akan saya beli atau buat sama sekali. 



Pilihan yang seterusnya ialah tauhu yang disumbat dengan daging ataupun ayam. Nampak awesome sungguh resepi tauhu ni. Tapi, bila belek-belek resepi, blogger-blogger sekalian alam suka makan bawang dan lada yang dicincang. Maka, saya buat resepi saya sendiri. Saya guna bahan berkisar. Yang penting sedap dan menepati citarasa diri sendiri.



Bahan-bahan

4 keping tauhu
2 keping ayam bahagian dada (bahagian lain pun boleh, ambil isinya) -cincang atau potong kecil-kecil
2 ulas bawang merah + 3 tangkai cili kering (kisar)
sedikit daun sup (cincang)
garam dan gula secukup rasa
sebiji telur


Cara-cara

Potong dua setiap tauhu (potong segitiga).



Panaskan minyak dan goreng tauhu tadi, jangan garing sangat. Ketepikan.



Panaskan 2sb minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 



Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 



Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau seketika. Tutup api.



Tauhu tadi, keluarkan sebahagian isinya di bahagian tengah (tujuan untuk letak inti). Lepas tu, letak inti ayam yang dimasak tadi. Lagi banyak letak inti, lagi sedap. 



Pukul telur dalam mangkuk, celup tauhu dengan telur. Goreng sehingga tauhu berwarna kuning keemasan.



Boleh makan dengan sos pencicah atau sos cili. Saya tak sempat nak letak sos, dah habis dimakan anak-beranak.



Sekian.

6 comments:

hidayu ayumie said...

uhh nampak macam roti goreng jee...
ayu xmakan tauhu....

weezana said...

nampak mcm sandwich sbb salut telur hehehe :)

Nazaran Zilla said...

suke2...nnti nk cuba

weezana said...

zilla, terima kasih sudi datang sini :) sedap tauhu ni.. boleh variasikan inti dia, sesuka hati.

Nazaran Zilla said...

Selalu jenguk2 sini... yg mcm ni saya cuba, jus kek2 je x pernh buat

weezana said...

:) ni yg sayang zilla.. cubalah buat kek.. buat kek mentega moist tu.. berbaloi2.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...