Thursday, May 1, 2014

Brownies Mudah (Easy Brownies) with Ice cream... :)

Makan brownies dengan aiskrim memang sangat sedap. Kebetulan memang ada aiskrim La Cremeria dalam peti sejuk. Tapi, takde la pulak brownies. Rasanya dah lama tak baking brownies. Dan rupa-rupanya, ada cara untuk membuat brownies yang mudah.



Makanya, dapatlah saya mencuba resepi yang sangat mudah ni. Sekejap je penyediaannya. Cuma, kalau anda sukakan brownies yang lebih tinggi dan banyak, perlulah gandakan sukatan. Sukatan yang diberikan di blog Ummi Zaihadi ni memang tak banyak hasilnya. Sebab saya guna loyang yang agak lebar, lagilah leper brownies saya. Tapi cukuplah untuk kami anak-beranak. Kalau buat banyak, banyak pula makannya. Almaklum, brownies nikan manis, tak elok makan banyak-banyak hehehehe...

Tentang kekacang untuk ditabur pada brownies, gunakanlah apa sahaja kacang yang ada stok dalam rumah anda. Almond boleh, Pecan boleh, Walnut boleh, Macadamia pun boleh. saya guna kacang Walnut sebab nak abiskan stok kacang ni.

Bahan-bahan


6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1/3 cawan gula kastor
2/3 cawan gula perang
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur
kekacang secukupnya - optional


Cara-cara

Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.

Masukkan mentega cair,koko, gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.



Gaul sebati. 



Masukkan adunan dalam loyang dan tabur kekacang di atasnya. 




Nota: Sila panggang dahulu kekacang dalam 10-15 minit. 

Bakar adunan lebih kurang 25-30min. Brownies dah pun siap.




Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan aiskrim.

brownies sahaja

Dengan 2 scoops ice-cream

Kalau tak habis sila simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.




Sekian.
   

7 comments:

Rizziela said...

satya penggemar brownise..blh cuba ni

Mama Eqalicha said...

Ya Allah sis...

Pic no.1 tu wat sy nak nangis laa..

Cedapnyerrrrrrrrrrrr!!

weezana said...

Rasa coklat brownies ni memang mewah. sangat sesuai makan dengan aiskrim. cubalah, senang je buatnya.. dan jangan bimbang kalau brownies tu tak naik sbb memang kejadian dia tak naik pun.

Unknown said...

sedapnya kak....yummy...tergoda pulak tgk coklat dia...itam berkilat...

weezana said...

memang mewah rasa coklat. tu yg kaler gelap berkilat tu. sesuai makan dengan aiskrim vanilla:)

Unknown said...

salam sis,
first time buat dh rase sedap..bg bdk2 opis rase..dap sgt,siap ade yg order.
Alhamdulillah..sehingga ke hari ni..order x putus2..lg2 la nk raye ni..
tq sis for the sharing recipe <3

weezana said...

Wassalam Safiah,

Alhamdulillah.. sama2 :)