Saturday, May 3, 2014

Rosemary Grilled Chicken.. (Ayam Panggang Rosemary yang Lazat)

Ada 3 ketul quarter chicken dalam peti sejuk. 

Justeru, resepi untuk lunch hari ni, haruslah memanggang ayam. Dalam banyak-banyak resepi yang saya tinjau, resepi dari Damai Qalbu memang menarik hati. Tambahan pula, semua bahan memang ada dalam stok. 

Sedap berbaloi-baloi...


Meskipun begitu, ada sedikit kegusaran. Ini kerana menurut Damai Qalbu, ayam harus diperap beberapa jam sebelum dibakar. Dan, saya ni kalau nak perap-perap, memang tak berapa rajin. Dah lah nak defrost ayam pun amik masa hehehehe.. 

Maka, saya punya versi, tanpa perap dan lebih mudah. Kentang juga, saya tak rebus terlebih dahulu. Saya cuma potong 4 bagi setiap biji, jadi hasilnya memang dibakar empuk. Apa-apapun, terima kasih kepada empunya resepi asal kerana Rosemary Grilled Chicken ini memang sangat lazat, juicy dan mudah untuk disediakan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Yumyum gitu...




Bahan-bahan

1 ekor ayam (saya guna 3 keping quarter chicken)
5 ulas bawang putih
1 sb rosemary kering
1 inci halia
1sb lada hitam
1sb jintan kasar/manis
2sb gula perang (boleh je guna gula merah)
2sk garam
3sb olive oil
2sb jus limau/lemon pun boleh
3-5 biji kentang (buang kulit dan potong 4)
2 biji tomato (saya lupa nak letak)
6 biji baby karot (tak letak)
Sedikit mentega


Cara-cara

Letak ayam dalam loyang bakar yang sesuai. Tumbuk halia dan gaul halia dengan ayam. 



Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan. 



Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam dan jintan kasar, tumbuk sekali. Kemudian masukkan bawang putih tadi, tumbuk lagi. 



Masukkan lebihan minyak zaitun (yang diguna goreng bawang putih), gula perang, garam dan jus limau dalam rempah yang ditumbuk. Gaul sebati. 



Susunkan kentang dalam loyang yang sama dengan ayam. Gaulkan rempah pada ayam dan kentang. 



Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar sehingga ayam masak. Lebih kurang 40 minit - 1 jam. Saya bakar dalam 45 minit. Bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.



Hasilnya memang menyelerakan. Sangat sedap.


Juicy & Lazat


Dan habis dimakan.



Sekian.

4 comments:

juls julie said...

sedapnyerr..

terliur laa pulakkkkkkkk :p

weezana said...

cubalah.. sedap dan simple resepi ni...

Mama Eqalicha said...

Aah nampak sedap & juicy...

Ala2 kenny rogers gitu :D

weezana said...

Mama Eqalicha, rasa ayam ni memang sedap:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...