Friday, May 9, 2014

Pisang Goreng Cheese di Petang Hari.. (versi buat sendiri)



Tak tahu kenapa jarang nak berjumpa Pisang Goreng  Cheese di KL ni. Last sekali menjamah Pisang Goreng Cheese ni pun di Kuching, Sarawak. Kadang-kala tu, bila dah lama tak makan, kita akan lupa. Dan bila pula tengok kawan-kawan post foto dorang makan Pisang Goreng Cheese, tetiba je teringat dan ada rasa nak makan juadah petang yang satu ni. 

Maka, saya pun minta Mr. Hubby belikan apa-apa pisang untuk digoreng. Mr. Hubby beli pisang kegemaran dia la, pisang tanduk. Oleh yang demikian, resepi hari ini ialah Pisang Goreng Cheese yang menggunakan pisang tanduk. FYI juga, resepi ni saya buat last weekend, bukan hari ni. 


Bahan-bahan

Sebiji Pisang Tanduk (kalau buat 2 biji, gandakan adunan2 di bawah)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur (saiz kecil)
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning (untuk adunan warna kekuningan)
1sk mentega
Air secukupnya (jangan cair sangat dan pekat sangat)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Parutan Keju Cheddar secukupnya
Susu Pekat Manis secukupnya
Parutan coklat atau coklat rice secukupnya


Cara-cara

Gaulkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, mentega, telur dan air sehingga sebati (air masuk sikit-sikit, takut terlebih cair).



Potong pisang mengikut ketebalan yang anda suka. Gaulkan pisang ke dalam bancuhan tepung.



Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sehingga agak garing (suka hati anda).



Angkat dan toskan pisang goreng . Susun dalam pinggan.



Tuang susu perlahan-lahan atas pisang goreng. 



Taburkan Keju Cheddar (kalau guna cheddar yang putih, goreng pisang akan lebih terserlah).



Dan taburlah sedikit parutan coklat atau choc rice.



Minum petang yang indah.




Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...