Saturday, June 8, 2013

Pandan Marble Butter Moist Cake.. (Wangi Aromanya)

Dah lama tak buat kek, tapi hari ni tetiba rasa rajin nak buat kek. Sebabnya, saya nak balik rumah My Dad. Jadi nak bawa buah tangan. Oleh kerana pagi ni baru buat keputusan untuk balik, maka barulah juga nak keluarkan loyang untuk buat kek. Kena buat kek yang cepat siaplah nampaknya. 

`Hmmm cepat siap tapi sedap... '




Butter Moist Cake ler jawabnya. Tapi kalau buat kek kosong takut My Dad tak teruja. Jadi, kita tambah dengan esen pandan. Kita buat kek si tompok hijau hari ni hehehhe....





Bahan-bahan

(A)

250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur
1/2 sk esen vanila

1sk esen pandan + 1/2sk pewarna hijau epal


Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Putar sehingga sebati.

Masukkan satu persatu telur dan esen vanilla . Putar sebati. Telur terakhir jangan putar lama sangat, cukuplah 3-4 minit je.





Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Salah satu bahagian masukkan esen pandan + pewarna hijau. Gaul sebati.




Gunakan loyang yang telah disapu mentega atau lapik dengan kertas baking. gunalah loyang apa sahaja yang anda suka, tapi jangan saiz yang besar sangat. Kalau nak kek yang tinggi guna loyang 8 inci (kalau guna loyang bulat). Selang-selikan atau tompok-tompokkan adunan anda untuk menghasilkan marble pada kek.


suka hati je tompok



Panaskan oven suhu 160 darjah. Bakar kek selama 50-60 minit atau sehingga bahagian atas kek sedkit perang. Sila cucuk guna lidi kalau takut kek tak masak.





Dah masak dan cantik tompok-tompok hijau.




Potong isi dalam bekas.





Sekian.

9 comments:

Bbwana adienia said...

salam..

nampak mudah ja nak buatnya..menarik resepi ni..suka dengan aroma pandan

weezana said...

salam BBwana,

resepi ni memang mudah dan tak banyak bahan.. cubalah :)

Cik Masyarah Muhamed said...

salam akak.. kek ni boleh tahan berapa lama ye?

weezana said...

Salam Cik masyarah, saya pun tak pasti sebab selalunya memang cepat habis kek ni.. paling lama saya simpan pun 4 hari je..

asnida nida said...

Aku dah try wan...yg tompok coklat...best gak kalau try yg nih...hehe

asnida nida said...

Aku dah try wan...yg tompok coklat...best gak kalau try yg nih...hehe

weezana said...

nida, ko suka tak yg marble coklat tu? hehehe

asnida nida said...

Omak aiii yg mable coklat tu...ni aku nk try pandan plak...wangi bau dia tu yg x tahan

weezana said...

memang wangi kan? harum satu rumah hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...