Saturday, June 15, 2013

Sambal Tumis Telur Puyuh & Udang



Hari ni nak masak telur puyuh dan nak masak udang juga. Nak masak dua-dua. Jadi kita masak masakan gabungan, Sambal Tumis Telur Puyuh & Udang. 

Telu Puyuh memang sedap dimakan. Masalahnya cuma satu, malas nak kopek kulitnya. Renyah sikitlah sebab kecik-kecikkan. Pastu kulit telur tu melekat-lekat di jari hehehe. Tapi, nak makan punya pasal, kenalah jadi rajin. Jom-jom mari masak.

Bahan-bahan

20 biji telur puyuh - direbus dan dikopek kulit.




6 ekor udang -saiz besar

Bahan kisar
12 tangkai cili kering - gunting, buang biji, rendam dan tos
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm belacan

Bahan lain
2sk asam jawa. Ambil airnya.
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng seketika (balik-balikkan) telur puyuh yang telah dikopek kulitnya. Tujuan supaya mendapat telur yang garing permukaannya. Angkat dan ketepikan.




Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.




Masukkan air asam jawa. Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.




Masukkan telur dan kacau sebati.




Masuk garam dan gula secukupnya. Biar rasanya ada manis-manis sikit.




Dah siap pun. Boleh dihidang dan dimakan dengan nasi putih.




Sekian.

5 comments:

Emma Marinie said...

Satu idea yang bagus

weezana said...

terima kasih.. budak2 pun suka.. ada 2 pilihan dalam 1 masakan..

Bbwana adienia said...

salam..

wah,bestnya menu tu..menarik dan nampak sedap.suka la gabungan telur dan udang tu..

Rohah said...

salam kenal...sedap telur puyuh buat masak sambal, selalu juga buat masak cam ni..

weezana said...

Salam BB n Rohah.. Memang sedap masak sambal telur puyuh.. bila letak udang, rasa sambal dia manis-manis udang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...